puteri mama: ditewaskan angin malam
I'm not talkative . I love writing BUT not realy good . I love diet as well as sleep vs .
I ♥ my past. I ♥ my present. I’m not ashamed of what I’ve had, and I’m not sad because I have it no longer. and I ♥ to grave all the past and present here

Friday, March 2, 2012

ditewaskan angin malam

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

alhamdullillah. baru selesai hantar senior ke stesen bus sungai nibong. semoga selamat di perjalanan mu senior. dah alang alang keluar, hati dan minda terasa seperti mahu menikmati angin malam. maka, terus pimpin si putih sebagai teman.

sejenak menikmati indah malam MU. telah hanyut kan aku hingga ke sana. hati meronta mahu pulang ke sana. tapi keadaan di sana masih belum reda sepenuhnya, mungkin. kata mama jangan lagi.

sejenak hanyut ke sana buat aku terfikir, degil dan berdosa itu aku. aku yang gagal menuruti kehendak seorang insan bergelar ayah. bukan berniat untuk kurang ajar, apatah lagi buat something yang tidak bermoral. cuma sekadar mahu mengejar impian dan cita cita sendiri. maaf.

angin malam. sampai kan salam rindu aku pada mereka di sana.
angin malam. sampai kan juga salam ampun maaf buat dia yang masih memendam marah pada insan bergelar anak yang degil ini. maaf.
angin malam. angin malam yang hampir tewaskan si degil ini.


sungguh. sangat rindu pada mereka di sana. :'(
enough! sebelum angin malam terus hanyutkan aku lebih jauh. aku pimpin si putih kembali ke desa. mempersiapkan jasad dan roh untuk hari esok. insya Allah masih di pinjamkan lagi hari esok.


dan demi waktu malam apabila telah sunyi. Tuhan mu tidak akan meninggalkan mu bersendirian dan tidak pula membenci mu. (adh-Dhuha 92:2-3)

wit ♥'s, puteri Mama

0 ulasan: