Thursday, June 11, 2026

Selamat Ulang Tahun Sayang.. ๐ŸŒท

ุงَู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ
Kehadapan diriku yang kecil, ๐Ÿค
Kamu yang selalu penuh dengan rasa ingin tahu,
Kamu yang suka memerhati,
Kamu yang suka bertanya,
Dan yang selalu percaya bahawa masa depan akan menjadi sesuatu yang indah.
 
Ya, sayang.. ๐Ÿค
Masa depan itu memang indah,
Cuma jalannya tidak selalu seperti yang kita bayangkan,
Ada beberapa simpang yang tak pernah ada dalam pelan asal kita,
Ada beberapa kehilangan yang mengajar kita tentang redha & syukur,
Dan ada beberapa doa yang Allah jawab dengan cara yang sangat berbeza daripada apa yang kita minta.
 
Kamu telah membesar menjadi seorang wanita yang kuat,
Bukan kerana kamu tidak pernah menangis,
Tetapi kerana setiap kali hidup menguji, kamu tetap memilih untuk bangun semula.
 
Kamu belajar bahawa kebahagiaan tidak semestinya datang dalam bentuk yang sama bagi setiap orang,
Kadang-kadang ia hadir dalam bentuk tawa anak-anak,
Kadang-kadang dalam secawan kopi yang diminum dengan tenang,
Kadang-kadang dalam sebuah buku yang dibaca setiap bait perkataannya,
Kadang-kadang dalam doa yang terasa sangat dekat dengan langit.
 
Dan kamu tahu?
Pada saat ramai orang sedang selesa dengan kehidupan mereka,
Kamu masih memilih untuk menelaah helaian mukasurat itu,
Kamu masih memilih untuk bertanya,
Kamu masih memilih untuk mencabar diri sendiri,
Kerana jauh di sudut hati,
Kamu tidak pernah berhenti menjadi budak kecil yang ingin tahu itu.
 
Tentang impian kamu pula,
Ada yang sudah menjadi kenyataan, Alhamdullillah.
Ada yang masih dalam lakaran,
Ada yang masih tersimpan kemas dalam buku nota,
Tetapi kamu masih berjalan ke arahnya,
Perlahan-lahan,
Satu langkah pada satu masa.
 
Ada hari kamu akan rasa penat,
Sangat penat.
Sehingga kamu tertanya-tanya sama ada kamu mampu meneruskan perjalanan.
Tetapi percayalah,
Allah akan sentiasa menghantar sebab untuk kamu terus melangkah,
Kadang-kadang sebab itu datang dalam bentuk manusia,
Kadang-kadang dalam bentuk peluang,
Kadang-kadang dalam bentuk anak kecil yang memanggil kamu.
 
Jadi, diriku yang kecil dulu,,
Jangan terlalu risau tentang masa depan,
Kamu tidak akan memiliki semuanya,
Tetapi kamu akan memiliki apa yang benar-benar penting.
Dan suatu hari nanti,
Kamu akan melihat ke belakang dan tersenyum.
Kerana setiap luka, setiap air mata, setiap kesabaran,
rupa-rupanya sedang membentuk wanita yang kamu jadi hari ini.
 
Terima kasih kerana tidak pernah berhenti berharap.
Walaupun hidup tidak selalu mudah.
Walaupun jalan kita tidak selalu lurus.
Walaupun ada masa kita terpaksa berjalan seorang diri.
 
Selamat hari lahir, awak. ๐Ÿค
Kita masih belum sampai ke destinasi terakhir.
Tetapi setakat ini, Perjalanan kita cantik juga, kan? ๐ŸŒท
 
"Hidup tidak berlaku seperti yang kita rancang ketika kecil. Tetapi Alhamdulillah, ia berlaku seperti yang Allah aturkan." ๐Ÿค

wit ♥'s, puteri Mama

Selamat Ulang Tahun Sayang.. ๐ŸŒท

ุงَู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ Kehadapan diriku yang kecil, ๐Ÿค Kamu yang selalu penuh dengan rasa ingin tahu, Kamu ...