puteri mama: alhamdullillah. cukup damai
I'm not talkative . I love writing BUT not realy good . I love diet as well as sleep vs .
I ♥ my past. I ♥ my present. I’m not ashamed of what I’ve had, and I’m not sad because I have it no longer. and I ♥ to grave all the past and present here

Saturday, January 28, 2012

alhamdullillah. cukup damai

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

alhamdullillah. benarlah seperti di sampaikan mereka mereka tetang sabar. sabar itu walau pun payah dan amat pahit untuk di telan, namun di akhir sabar itu ada seribu kenikmatan yang tak terungkap dek kata kata. dalam kalam NYA juga ada menyebut..."sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan" (Al-Insyirah 94 : 5-6). bukan disebut sekali. tapi dua kali. 'kesusahan' tersepit antara dua 'kemudahan'. proved bukan.

alhamdullillah sekali lagi. di petang penghulu segala hari yang lepas, berita yang selama ini ditunggu tunggu sampai ke salah satu pancaindera pinjaman MU. dan. sekali lagi syukur tak terhingga, selepas diskusi ringkas dengan ma-aboh. mereka merestui walau pun bukan sepenuh hati. syukur. 'terpulang'. 'terpulang' dari aboh seolah olah lampu kuning untuk perjalan ini. teruskan perjalanan jika yakin, sebaliknya berhenti jika tiada keyakinan. dan. kekangan kekangan di tempat sekarang, sedikit menambah keyakinan diri ini untuk teruskan perjalanan ini. perjalanan menjadi wanita cantik. semoga KAU permudahkan. ameen



Dan jika ALLAH menimpakan sesuatu bencana ke atas mu, maka, tiada yang dapat menghalangnya kecuali DIA. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaNYA. DIA memberikan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang DIA kehendaki di antara hamba hambaNYA. DIA Maha Pengampun, Maha Penyayang. (Yunus 10 : 107)

moga aku x lupa janji aku pada DIA, mereka dan diri sendiri. terima kasih atas doa kalian.
wit ♥'s, puteri Mama

0 ulasan: