Posts

Showing posts from March, 2012

rabu yang bisu..

Image
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ya Allah, ya Tuhan ku, Engkau lembutkanlah hati ku, sebagaimana Engkau melembutkan besi nabi Daud, ameen ya Allah, ameen ya rabbal al ameen... maaf... wit ♥'s, puteri Mama

terukir di bintang

Image
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ wit ♥'s, puteri Mama

berdiri sendiri

Image
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ bukan mahu lari, apatah lagi lupa budi sekadar mahu berdikari, berdiri sendiri agar aku tahu hargai erti rezeki nikmati hasil kemampuan sendiri juga penuhi impian hati tolong restui dan doakan aku di sini restu dan doa kalian akan kuatkan diri ini. insyaAllah wit ♥'s, puteri Mama

maafkan saya

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ walau kamu buat, saya marah membuak buak, sakit hati yang terlalu sakit, air mata tumpah yg sangat susah untuk berhenti. namun, saya sedar siapa saya dan siapa kamu. saya masih lagi sedar hakikat hubungan antara kita. oleh itu, saya sentiasa doakan DIA kembalikan kamu pada mereka yang berhak. semoga kamu sempat menebus apa yang telah kamu sia sia kan selama ini. kerana, saya tak sanggup tengok kamu terus begini di sana nanti. saya masih mahu hormati kamu seperti mana saya hormat kamu dahulu. saya masih mahu sayang kamu seperti dahulu. yang penting saya mahu kamu tetap jadi nakhoda bahtera kita di sana nanti. maafkan saya, saya juga hamba DIA yang kerdil yang kerap kali tewas dengan nafsu. kamu dan saya di sini luas makna nya. hubungan itu sendir juga luas wit ♥'s, puteri Mama

dia

Image
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ bersendirian hujung minggu ini, tanpa roomate dan tanpa dia si teman rapat; cik ecah yang mungkir janji untuk dating kami. .__. . teringat dating kami weekend yg lalu. banyak yang kami bualkan, kongsikan dan for sure gaduh kan. rindu! bertanya dia, apa ko cari, ko tunggu sebenarnye fie.. wit ♥'s, puteri Mama

dalam jernih mu

Image
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Air Terjun Saok, Tasik Kenyir, Terengganu Darul Iman dalam jernih mu terkandung suatu kekuatan. walau beribu batu rintangan mendatang, tetap terus mengalir. x pernah kenal erti putus asa. malah segala batu rintangan tersebut di hadapi dengan gagah nya.. semoga dalam diri ini punya semangat seperti kamu sang air.. bergerak untuk menghidupkan, mengalir untuk kebaikan, memancar dengan kekuatan, dan dikelola menjadi energi dahsyat kehidupan. terima kasih encik sharer; Solikhin Abu Izzudin wit ♥'s, puteri Mama

bahagia sampai syurga

Image
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ alhamdullillah. selamat pergi dan balik dari trip tempoh hari. juga, tak lupa salam pengantin baru buat sahabat terdekat yang melangsungkan hari bahagia mereka hujung miggu lalu. selamat menempuh alam baru sahabat. juga ampun maaf kerana x sempat memeriahkan majlis kalian. namun doa 'bahagia sampai ke syurga' tak pernah lupa di ameenkan untuk kalian. puan salihah mohd dan pasangan; encik faizal puan wawa izzati dan pasangan; encik cisdale puan ety dan pasangan; encik faiz encik alif rafizi dan pasangan; puan rose puan hafiza hasimuddin dan pasangan; encik hairry.  Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat wit ♥'s, puteri Mama

sembilan akal dan satu akal

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ alhamdullillah. syukur. selamat selesaikan satu lagi urusan walaupun dengan mencuri sedikit masa. syukur dan terima kasih kerana KAU permudahkan jalan untuk uruskan urusan ini. syukur KAU buka kan hati dan juga penglihatan ku untuk melihat hikmah disebalik semua ini. ini bukan dugaan ini hikmah . meminjam sedikit kepositifan seorang sahabat :) syukur juga atas segala ini. " aku ada 9 akal. yang lebih dari cukup untuk fikirkan masalah aku, ko dan masalah kita. so, ringanlah sikit akal ko yang ade 1 je tu " yaa. benar. aku memang cuma dipinjamkan DIA satu akal, tapi terima kasih. ia masih mampu berfungsi sepenuhnya dan rasa nya ia unlimited. akan aku gunakan sepenuhnya. aku lebih senang bersendirian menguruskan urusan urusan ini. biar aku belajar sesuatu dari urusan ini. biar aku belajar tentang hidup. biar aku belajar jadi keras dan kuat. biar aku belajar untuk berdiri atas kaki dan kudrat aku sendiri. maaf.

symbiosis NCIA-MTDC-USM

Image
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  Dato' Redza Rafiq (CEO NCIA), Prof. Dato' Omar Osman (VC USM), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Menteri di JPM), Encik Norhalim Yunus (CEO MTDC)   alhamdullillah. telah selesai 1 event. event pertama sekembali nya ke sini. dan. sangat memberi inspirasi serta semangat. semangat untuk terus berusaha dan insya Allah mengikut jejak kalian. sekalung tahniah buat kalian.. tertanya tanya apa itu symbiosis NCIA-MTDC-USM kan. google la sendiri. kurang rajin untuk explain. maaf. tak pun korang update newspaper untuk 2 3 hari akan datang. insya Allah akan ada. wit ♥'s, puteri Mama

ditewaskan angin malam

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ alhamdullillah. baru selesai hantar senior ke stesen bus sungai nibong. semoga selamat di perjalanan mu senior. dah alang alang keluar, hati dan minda terasa seperti mahu menikmati angin malam. maka, terus pimpin si putih  sebagai teman. sejenak menikmati indah malam MU. telah hanyut kan aku hingga ke sana . hati meronta mahu pulang ke sana . tapi keadaan di sana masih belum reda sepenuhnya, mungkin. kata mama jangan lagi . sejenak hanyut ke sana buat aku terfikir, degil dan berdosa itu aku. aku yang gagal menuruti kehendak seorang insan bergelar ayah. bukan berniat untuk kurang ajar, apatah lagi buat something yang tidak bermoral. cuma sekadar mahu mengejar impian dan cita cita sendiri. maaf. angin malam. sampai kan salam rindu aku pada mereka di sana . angin malam. sampai kan juga salam ampun maaf buat dia yang masih memendam marah pada insan bergelar anak yang degil ini. maaf. angin malam. angin malam yang hampir tewaskan