Thursday, June 11, 2026

Selamat Ulang Tahun Sayang.. 🌷

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kehadapan diriku yang kecil, 🤍
Kamu yang selalu penuh dengan rasa ingin tahu,
Kamu yang suka memerhati,
Kamu yang suka bertanya,
Dan yang selalu percaya bahawa masa depan akan menjadi sesuatu yang indah.
 
Ya, sayang.. 🤍
Masa depan itu memang indah,
Cuma jalannya tidak selalu seperti yang kita bayangkan,
Ada beberapa simpang yang tak pernah ada dalam pelan asal kita,
Ada beberapa kehilangan yang mengajar kita tentang redha & syukur,
Dan ada beberapa doa yang Allah jawab dengan cara yang sangat berbeza daripada apa yang kita minta.
 
Kamu telah membesar menjadi seorang wanita yang kuat,
Bukan kerana kamu tidak pernah menangis,
Tetapi kerana setiap kali hidup menguji, kamu tetap memilih untuk bangun semula.
 
Kamu belajar bahawa kebahagiaan tidak semestinya datang dalam bentuk yang sama bagi setiap orang,
Kadang-kadang ia hadir dalam bentuk tawa anak-anak,
Kadang-kadang dalam secawan kopi yang diminum dengan tenang,
Kadang-kadang dalam sebuah buku yang dibaca setiap bait perkataannya,
Kadang-kadang dalam doa yang terasa sangat dekat dengan langit.
 
Dan kamu tahu?
Pada saat ramai orang sedang selesa dengan kehidupan mereka,
Kamu masih memilih untuk menelaah helaian mukasurat itu,
Kamu masih memilih untuk bertanya,
Kamu masih memilih untuk mencabar diri sendiri,
Kerana jauh di sudut hati,
Kamu tidak pernah berhenti menjadi budak kecil yang ingin tahu itu.
 
Tentang impian kamu pula,
Ada yang sudah menjadi kenyataan, Alhamdullillah.
Ada yang masih dalam lakaran,
Ada yang masih tersimpan kemas dalam buku nota,
Tetapi kamu masih berjalan ke arahnya,
Perlahan-lahan,
Satu langkah pada satu masa.
 
Ada hari kamu akan rasa penat,
Sangat penat.
Sehingga kamu tertanya-tanya sama ada kamu mampu meneruskan perjalanan.
Tetapi percayalah,
Allah akan sentiasa menghantar sebab untuk kamu terus melangkah,
Kadang-kadang sebab itu datang dalam bentuk manusia,
Kadang-kadang dalam bentuk peluang,
Kadang-kadang dalam bentuk anak kecil yang memanggil kamu.
 
Jadi, diriku yang kecil dulu,,
Jangan terlalu risau tentang masa depan,
Kamu tidak akan memiliki semuanya,
Tetapi kamu akan memiliki apa yang benar-benar penting.
Dan suatu hari nanti,
Kamu akan melihat ke belakang dan tersenyum.
Kerana setiap luka, setiap air mata, setiap kesabaran,
rupa-rupanya sedang membentuk wanita yang kamu jadi hari ini.
 
Terima kasih kerana tidak pernah berhenti berharap.
Walaupun hidup tidak selalu mudah.
Walaupun jalan kita tidak selalu lurus.
Walaupun ada masa kita terpaksa berjalan seorang diri.
 
Selamat hari lahir, awak. 🤍
Kita masih belum sampai ke destinasi terakhir.
Tetapi setakat ini, Perjalanan kita cantik juga, kan? 🌷
 
"Hidup tidak berlaku seperti yang kita rancang ketika kecil. Tetapi Alhamdulillah, ia berlaku seperti yang Allah aturkan." 🤍

wit ♥'s, puteri Mama

Thursday, July 18, 2024

Mati Rasa

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

mati rasa,
kebelakangan ini, kerap benar terbaca, terlalu cerita cerita yg boleh trigger trauma,

rasa hilang punca mahu kekal positif,
rasa hilang tenaga mahu terus mara,
rasa hilang diri mahu terus bangkit..

cepat laa masa berlalu,
moga sesi minggu depan lebih memberi sinar..

demi mereka yang masih bertatih menikmati dunia yg penuh onak duri ini..
moga kalian tidak merasa rasa 'mati' ini..
moga yang indah sahaja untuk kalian..


wit ♥'s, puteri Mama

Wednesday, June 12, 2024

Menulis Luahan

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

pesan physiologist ku,
aku harus belajar meluah kan,
luahkan apa yg di dalam,

kataku, aku introvert,

pesan physiologist ku,
tulisan juga cara meluahkan,
maka menulis lah..

lalu aku teringat aku punya naskah ini suatu ketika dulu,
mungkin boleh aku meluahkan di sini.. 

aku yakin di sini tiada yg kenali aku,
di sini tiada yang akan menghakimi aku.

wit ♥'s, puteri Mama

Wednesday, October 4, 2023

Sinar

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semakin mencari kuat,
Semakin lemah terasa..

Semakin mencari sinar keluar,
Semakin kelam dan malap terasa..

Pohon doa aku kuat untuk terus mencari sinar keluar,
Demi amanah yg Dia kurniakan..


wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, August 29, 2023

life will never be easy

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
deep. 


wit ♥'s, puteri Mama

Monday, August 28, 2023

Mencari Tenang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Recently banyak sangat yang datang..
Terasa seperti di hempap dari kiri dan kanan, atas dan bawah..

Tercari cari;
telinga yang sudi mendengar,
bahu yang sudi menampung lelah rasa di fikiran,
hati yang sudi berkongsi rasa yg terpendam..

Terasa ingin lari sejauh mungkin,
namun, tiada arah yang pasti..

Maka tetap lah aku teguh di sini..
terus berpegang dan berpaut pada DIA..
terus mengutip sisa sisa kekuatan yang di pinjam DIA..
terus bertabah menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan DIA..

Semoga kasih nya DIA sentiasa bersama kami..
Pinjamkan aku sedikit tenang MU..

Mencari Tenang. Jerash; 2023


wit ♥'s, puteri Mama

Monday, August 21, 2023

soalan

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
just a random thought or soalan;
betul ke kalau meninggal dalam bulan Ramadhan, terus masuk syurga?

soalan budak sekolah..
tapi soalan ni sentiasa bermain di dalam fikiran ni..

wit ♥'s, puteri Mama

Selamat Ulang Tahun Sayang.. 🌷

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Kehadapan diriku yang kecil, 🤍 Kamu yang selalu penuh dengan rasa ingin tahu, Kamu ...