Showing posts with label si putih. Show all posts
Showing posts with label si putih. Show all posts

Saturday, January 19, 2013

selamat ulangtahun

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SELAMAT ULANGTAHUN sayang..
alhamdullillah, terlalu pantas masa beredar,
sudah genap setahun DIA pinjamkan kamu untuk permudahkan urusan ku..
bersama kamu, aku belajar banyak perkara..
bersama kamu, aku celik akan hikmah DIA..
moga kita terus bersama keberkatan DIA..


syukur juga dengan izin DIA berjaya jugak dpt ncd 25% di saat2 akhir..
& tak lupa terima kasih untuk dia yang bertungkus lumus fighting untuk dptkan 25% tuu..

thanks..



wit ♥'s, puteri Mama

Friday, August 3, 2012

ramadhan 14; getar rasa

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

senggang waktu rehat tadi, ke terminal bas sungai nibong. hantarkan senior pulang ke kampung halaman. bermakna terpaksa menghampiri dan melalui tempat kejadian 1 Julai; sebulan yang lalu. belum sempat sampai, badan dah vibrate habis, paling ketara tangan & kaki. tempat paksi utama.
kata si senior; lawan efi! sampai bila nak takut dengan hari semalam.. ia pengajaran, bukan untuk ditakuti.
terima kasih senior!! semoga selamat diperjalanan mu..

sudah sebulan berlalu rupanya. alhamdullillah berjaya tempuhi walau dengan penuh emosi.
terima kasih si putih; untuk semua pelajaran pelajaran ini walau pertemuan kita belum sampai setahun jagung. terima kasih. semoga jodoh kita kekal panjang..




wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, July 29, 2012

ramadhan 9; الحمد لله

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

الحمد لله . الحمد لله .الحمد لله

wit ♥'s, puteri Mama

Friday, July 27, 2012

ramadhan 7; kemewahan dunia

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)...
Al-'Ankabuut 29 : 64

wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, July 15, 2012

redha, 14 hari..

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

"Apabila kita redha akan sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah, ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka"

"semoga rasa ini semakin mendekatkan aku kepadaMu"
genap e m p a t b e l a s hari. menghitung hari. -.-

wit ♥'s, puteri Mama

Saturday, July 7, 2012

tujuh hari

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

manusia; kalau ada apa-apa masalah atau ujian mesti menangis, menangis pula bukan kerana DIA, tapi kerana masalah yang dihadapi. DIA uji kita banyak banyak banyak kali sbb DIA dah ada ckp dalam kalamNYA;

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
Muhammad 47 : 31

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Al-'Ankabuut 29 : 2

tanpa rumet & tanpa dia hujung minggu ini. sedikit kekosongan hadir. namun, aku terlupa yang DIA sentiasa ada bersama ku..
genap t u j u h hari. redha.

ilham dari dia. terima kasih awak!!
wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, July 1, 2012

yakin dengan dia

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

susah nya nak motivasi diri sendiri. susah..
cukup dan sangat susah.

lagi cuba tak nak fikir, lagi kuat dia menghantui.
lagi nak senyum, lagi kuat menangis kat dalam.
lagi cuba untuk bangun, lagi longlai rasa paksi diri.
tolong, pergi lah rasa ini. tolong, tenang lah hati ini.
yakinlah pada DIA. serah pada DIA semua nya.
redha.
yakin.
insyaAllah. الله‎ sentiasa bersama kamu..


terima kasih tak terhingga pada yang sudi meminjamkan kekuatan untuk saya

wit ♥'s, puteri Mama

Thursday, April 19, 2012

tahniah terima kasih

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




jangan gelak kan orang lagi lain kali tau!!
bila dah kena sendiri baru tahu apa rasa. nah! padan muka.
tahniah ,terima kasih.


wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, April 1, 2012

nasib si anak

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

wit ♥'s, puteri Mama

Friday, March 2, 2012

ditewaskan angin malam

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

alhamdullillah. baru selesai hantar senior ke stesen bus sungai nibong. semoga selamat di perjalanan mu senior. dah alang alang keluar, hati dan minda terasa seperti mahu menikmati angin malam. maka, terus pimpin si putih sebagai teman.

sejenak menikmati indah malam MU. telah hanyut kan aku hingga ke sana. hati meronta mahu pulang ke sana. tapi keadaan di sana masih belum reda sepenuhnya, mungkin. kata mama jangan lagi.

sejenak hanyut ke sana buat aku terfikir, degil dan berdosa itu aku. aku yang gagal menuruti kehendak seorang insan bergelar ayah. bukan berniat untuk kurang ajar, apatah lagi buat something yang tidak bermoral. cuma sekadar mahu mengejar impian dan cita cita sendiri. maaf.

angin malam. sampai kan salam rindu aku pada mereka di sana.
angin malam. sampai kan juga salam ampun maaf buat dia yang masih memendam marah pada insan bergelar anak yang degil ini. maaf.
angin malam. angin malam yang hampir tewaskan si degil ini.


sungguh. sangat rindu pada mereka di sana. :'(
enough! sebelum angin malam terus hanyutkan aku lebih jauh. aku pimpin si putih kembali ke desa. mempersiapkan jasad dan roh untuk hari esok. insya Allah masih di pinjamkan lagi hari esok.


dan demi waktu malam apabila telah sunyi. Tuhan mu tidak akan meninggalkan mu bersendirian dan tidak pula membenci mu. (adh-Dhuha 92:2-3)

wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, January 17, 2012

syukur atas pertemuan aku dan dia

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

sykur tak terhingga kepada pemilik abadi jasad dan roh ini. ALHAMDULLILLAH. syukur. syukur atas pertemuan aku dan dia.

walau x seberapa.
walau tak seperti di impikan.
walau x semegah kepunyaan insan lain.

namun. tetap bersyukur. terima kasih dan alhamdullillah kerana KAU telah hadirkan dia untuk ku.

moga melalui dia, KAU pandu aku ke jalan MU yang benar.
melalui dia, KAU bawa aku semakin dekat aku dengan MU.
melalui dia, aku tak pernah leka mengingati MU.
syukur alhamdullillah
wit ♥'s, puteri Mama

Selamat Ulang Tahun Sayang.. 🌷

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Kehadapan diriku yang kecil, 🤍 Kamu yang selalu penuh dengan rasa ingin tahu, Kamu ...