Showing posts with label ♥home. Show all posts
Showing posts with label ♥home. Show all posts

Monday, October 14, 2013

jodoh dari DIA

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

alhamdullillah, dah masuk hari ke3 bercuti..
sangat heaven-bahagia :)
cuba sedaya mungkin untuk selesaikan list yang ada..
kerana waktu nya sudah terlalu dekat,
tinggal cuma dua-purnama lagi, insyaAllah..
perasaan??

kadang terasa sangat gundah; air mata laju mengalir,
kadang terasa sangat risau; berbagai bermain di fikiran,

kadang terasa bahagia; senyum-sampai-telinga..
ya Allah, Kau mengetahui atas segala nya,
bantu aku lalui semua ini,
semoga aku kuat untuk redha dengan segala Qada & Qadar MU..

di usia setahun aku-dia,

terlalu banyak yang aku belajar dari dia;
bukan soal hati boy-girl semata mata..
bukan hanya sekadar sayang-manja,

dia ajar aku bagaimana mahu terus senyum saat terus di tekan,
dia ajar aku untuk rasa apa aku-bagi-orang rasa,
dia ajar aku untuk berdiri atas kaki sendiri,
dia ajar aku apa itu rasa berusaha sebenar usaha,

dia ajar aku bersederhana dalam segala hal,

dia ajar aku bagaimana untuk tidak terlalu berharap pada selain DIA,
alhamdullillah, ya Allah..
qada & qadar Mu itu yang terbaik..


wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, January 1, 2013

just ask to be near YOU

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


saat ini,
detik ini,
aku sudah terlalu cukup.
sudah terlalu cukup.
sudah aman dgn apa yang ada.
dan
semua rasa itu datang lagi.
entah.
mungkin telah terlalu hanyut dengan dunia ini.
mungkin diri ini terlalu yakin menapak mengejar dunia.

mungkin kerana itu normal untuk setiap bulan bagi seorang hawa.
tapi.
semua rasa ini yang paling sukar untuk aku atasi.
semua rasa ini yang paling aku kurang gemar.
astaghfirullah..
semoga aku tidak akan pernah malu mengaku salah
& kemudian membetulkan salah..
moga..
kini, cuma yang aku mahu,
terus dekat dengan KAMU..


"dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu"

(Asy-Syuura 42:30)

maafkan aku
wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, December 25, 2012

الحمد لله‎

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Fa biayyi alaa’i Rabbi kuma tukadzdzi ban
Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan...


“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [An-Nahl: 18]

الحمد لله‎    الحمد لله‎    الحمد لله‎


wit ♥'s, puteri Mama

Wednesday, December 5, 2012

beruntunglah...

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

beruntunglah seorang Hawa,
jika dinikahi kerana ingin mendidik & membimbing ke jalan yang diredhai Allah..

bukan menikahi kerana ingin menakluki, kerana dia sedar bahawa bukan dia yang memiliki, tapi hanya meminjam pinjaman Ilahi.bukan menikahi kerana ingin menguasai, kerana dia sedar, dia memikul tanggungjawab besar sebagai seorang suami.
dinikahi kamu bukan semata-mata berbekal cinta,
bahkan bermatlamat untuk memperbaiki agama.
beruntunglah kamu,
wahai Hawa yang dimuliakan.
.

Aku Islam
wit ♥'s, puteri Mama

Monday, November 12, 2012

alhamdullillah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

pantas benar si minit & saat beralih,
pantas benar sang bulan & mentari berganti,
terlalu banyak yang DIA tunjukkan tanpa sedar..

mengakui kelemahan diri ini,
mengakui kerapuhan sendiri,
mengakui, benar memang aku ini insan..
namun,
masih jauh yang perlui aku terokai,
masih banyak yang manis menanti dihadapan,
kini,
aku mengerti, mecongak langkah itu bukan semudah disangka..
perlu yakin juga semangat yang tak kenal penat,

juga doa pada DIA,
juga restu DIA & mereka..
siang & malam bukan ukuran,
keluar gelap, pulang berembun..

sekurang kurang keluar aku dengan ciuman dia,
juga pulang aku bersambut senyum dia..
apalagi selain itu..
alhamdullillah..

wit ♥'s, puteri Mama

Monday, October 8, 2012

gembira

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

mereka asyik menggambarkan kegembiraan.
mereka asyik ternampak kegembiraan.
yaa. tipu la jika aku terus nafikan kegembiraan itu kan.
الحمد لله. syukur pada DIA. tak terhitung syukur.
dan.
semoga keberkatan & keredhaan DIA tetap bersama aku nanti.
tetap kan aku istiqamah sebagaimana aku yang sekarang.
atau.
improve kan aku menjadi lebih better di sana nanti. moga diri ini terus gagah melangkah dengan cantik di sana nanti..
insyaAllah dengan izin DIA.
moga diri ini lebih matang mencongak langkah perjalanan nanti.
moga tiada lagi hati dan perasaan yang akan terguris.
moga segala yang kusut mampu aku bantu jernihkan.
moga cukup kekuatan yang DIA pinjamkan ini untuk aku bantu kuatkan mereka di sana.
aameeeen
الحمد لله.
All praise is due to Allah

seterusnya, biar DIA tentukan... insyaAllah, aku akan lakukan sedaya yang mampu...

wit ♥'s, puteri Mama

Saturday, August 18, 2012

syawal 1433 Hijrah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


semoga Ramadhan yang berlalu DIA kurniakan kita keredhaan dan rahmat sebagai bekalan untuk bulan2 mendatang sebelum Ramadhan seterus nya, jika DIA masih izinkan bertemu Ramadhan Nya..
&
semoga Syawal yang menjelma ini akan menjernihkan segala yang keruh..

wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, July 22, 2012

ramadhan 2; mencari khusyuk

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


semoga bermanfaat dalam mencari redha NYA. aameen

wit ♥'s, puteri Mama

Wednesday, June 27, 2012

dia & saya

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



hasil bertapa hujung minggu lalu

walau sesukar mana pun, akan tetap di jalan ini, kerna aku yakin dengan janjiMU..
wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, June 19, 2012

sembilan akal & lafaz

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

kata mereka;
air mata kalian amat MAHAL, pasti kerana di situ diukur paras keEGOan kalian. mungkin.. -.-

kata saya;
yang terlafaz dari bibir kalian lagi MAHAL erti nya.

kerana yang terlafaz itu boleh mewujudkan suatu warna yang paling indah, atau suatu rasa sepahit hempedu, malah tiang arasy turut goyah dengan lafaz kalian. terbukti bukan. bukan sahaja mahal, malah turut gagah.. -.-

walau terkadang sedikit pincang langkahnya
so,
gunakan lah sembilan akal yang kalian selalu banggakan itu sebelum menzahirkannya melalui apa yang dilafazkan..
wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, April 1, 2012

nasib si anak

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

wit ♥'s, puteri Mama

Wednesday, March 21, 2012

berdiri sendiri

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

bukan mahu lari, apatah lagi lupa budi
sekadar mahu berdikari, berdiri sendiri

agar aku tahu hargai erti rezeki

nikmati hasil kemampuan sendiri
juga penuhi impian hati
tolong restui

dan doakan aku di sini
restu dan doa kalian akan kuatkan diri ini.

insyaAllah


wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, March 20, 2012

maafkan saya

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

walau kamu buat,
saya marah membuak buak, sakit hati yang terlalu sakit, air mata tumpah yg sangat susah untuk berhenti.
namun,
saya sedar siapa saya dan siapa kamu. saya masih lagi sedar hakikat hubungan antara kita.
oleh itu,
saya sentiasa doakan DIA kembalikan kamu pada mereka yang berhak. semoga kamu sempat menebus apa yang telah kamu sia sia kan selama ini.
kerana,
saya tak sanggup tengok kamu terus begini di sana nanti. saya masih mahu hormati kamu seperti mana saya hormat kamu dahulu. saya masih mahu sayang kamu seperti dahulu. yang penting saya mahu kamu tetap jadi nakhoda bahtera kita di sana nanti.
maafkan saya,
saya juga hamba DIA yang kerdil yang kerap kali tewas dengan nafsu.







kamu dan saya di sini luas makna nya. hubungan itu sendir juga luas
wit ♥'s, puteri Mama

Friday, March 2, 2012

ditewaskan angin malam

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

alhamdullillah. baru selesai hantar senior ke stesen bus sungai nibong. semoga selamat di perjalanan mu senior. dah alang alang keluar, hati dan minda terasa seperti mahu menikmati angin malam. maka, terus pimpin si putih sebagai teman.

sejenak menikmati indah malam MU. telah hanyut kan aku hingga ke sana. hati meronta mahu pulang ke sana. tapi keadaan di sana masih belum reda sepenuhnya, mungkin. kata mama jangan lagi.

sejenak hanyut ke sana buat aku terfikir, degil dan berdosa itu aku. aku yang gagal menuruti kehendak seorang insan bergelar ayah. bukan berniat untuk kurang ajar, apatah lagi buat something yang tidak bermoral. cuma sekadar mahu mengejar impian dan cita cita sendiri. maaf.

angin malam. sampai kan salam rindu aku pada mereka di sana.
angin malam. sampai kan juga salam ampun maaf buat dia yang masih memendam marah pada insan bergelar anak yang degil ini. maaf.
angin malam. angin malam yang hampir tewaskan si degil ini.


sungguh. sangat rindu pada mereka di sana. :'(
enough! sebelum angin malam terus hanyutkan aku lebih jauh. aku pimpin si putih kembali ke desa. mempersiapkan jasad dan roh untuk hari esok. insya Allah masih di pinjamkan lagi hari esok.


dan demi waktu malam apabila telah sunyi. Tuhan mu tidak akan meninggalkan mu bersendirian dan tidak pula membenci mu. (adh-Dhuha 92:2-3)

wit ♥'s, puteri Mama

Thursday, September 8, 2011

demand pulak dier.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

penah x dibuat org,kerja 1 hari jek?? ada sesape pnah buat?? yaa.saya buat.mula2 teruja kot nak kerja.org x pnh keje kan.then.da dpt.lengkap berseluar slack hitam.tudung hitam.kasut hitam and t-shirt putih.ale ale.huh.mengecewakan.xsyok lasom.so.decide dah dlm hati siap siap "hari ni aku just nak beramal jek.petang t nak slow talk ngan supervisor xmo keje dh". :) .suka suka ati je kan.tapi.yaa.alhamdullillah.harini saya kembali menganggur.mmg x tau di untungkan.org trima kerja pon naseb.pastu se suke jek resign. :) .mama kate saya ni x leh keje ngan org..um.then?? adakah bermakna saya kne ber'biznez' plak?? minat jgak..tapi mudal nyer mana mau cekau meyh.. :) .pape pon just waiting for my rezeki.

wit ♥'s, puteri Mama

Friday, July 1, 2011

SUTERA terengganu :)

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


again.kek dan donut lagik kan.hee.puteri mama ni kan suka makan.dan.suka memporak peranda kan dapur mama.sori mama.rasa macam nak bukak bakery laks. :) .masak x berape.tapi da berangan nak bukak bakery.x salah kot kalo berangan kan.insyaAllah. :) .oke.spesel thanks to kak shamam.sume resepi godek kat situ. :)


oke next.nak jual kain lak.tolong adik je ni.kain kain ni sutera asli dari terengganu.harga bleh runding lagik.x mahal sangat.standed harga sutera la. RM 290 jek .insyaAllah bleh runding lagik. :) .minat leh leave msg kat post ni or kat shout box.or email me kat efi_shaheera@yahoo.com.or.contact tuan dier terus 0122997359 (MR Bad).nak tgok kain dulu pon bleh.
wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, June 28, 2011

aku lah penganggur :)

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


inilah realiti kehidupan sebagai seorg penganggur.or.juga di umpamakan sebagai penanam anggur.selain daripada mencari ruang ruang kerja yang terbuka.juga turut memporak peranda kan dapur mama. :) .membaca novel.dan.memenuhi undangan 'sesape yang mengundang saya untuk keluar bermain'. :) .buhsan maaa.

wit ♥'s, puteri Mama

Thursday, May 26, 2011

thanx granma ♥

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


mmm.esok.jumaat.means.da tiba skul break.juga bermakna tok nak kne balik kg dah. :( .baru seminggu dapat spend masa ngan tok.dengan tok kat umah.banyak yang saya belajar.macam macam tok ajar saya.

saya
belajar berjemaah.jadi imam.jadi makmum.
belajar betolkan bacaan QURAN saya.alhamdullillah.
belajar n cuba hafal dan faham maksud bacaan lam solat.
belajar untuk masak masak.kater tok.pompuan belajar tinggi mana pon kne tau masak.kalo tak untuk family sendiri.untuk ma aboh adik adik.yang penting saya belajar jadi diri saya yang sebenar.saya rasa lebih better.hope saya dapat terus kekalkan diri saya yang baru nie. :)
terima kasih x terhingga tok.



wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, May 24, 2011

heaven :)

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 

da dekat 2 minggu kat umah.owhh.suguh heaven.

no more nyaman angin pokok kelapa sawit.
no more hijau kelapa sawit n hutan kat belakang bilik.
no more monyet or biawak yang berkeliaran.
no more ketakutan n fobia ngan charlie.
no more sesi share share cerita.

yang pasti.sekarang.sangat rindu akan tanah kelapa sawit itu dan charli. penipuan untuk charlijuga.kehijauan berganti bangunan batu perang teguh berdiri.
juga.nyaman deru angin berganti putaran kipas syiling.
juga.sesi share cerita berganti pilihan pilihan yang perlu dibuat n difikirkan dalam dalam.
wit ♥'s, puteri Mama

Friday, April 1, 2011

tak perlu kata apa apa. :)

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


wordless wednesday
senyum.tak perlu kata apa apa.senyum .______.

wit ♥'s, puteri Mama

Selamat Ulang Tahun Sayang.. 🌷

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Kehadapan diriku yang kecil, 🤍 Kamu yang selalu penuh dengan rasa ingin tahu, Kamu ...