Showing posts with label bunga bunga hati. Show all posts
Showing posts with label bunga bunga hati. Show all posts

Monday, May 5, 2014

sayang, tolong terus kuat..

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

bersiaran dari PBBR, presint 8 Putrajaya,
sendirian ke sana, buat hati & akal terus bercelaru;

risau siapa yang akan solat kan jasad kaku aku nanti?
risau siapa yang akan doakan aku nanti tika sudah di sana?

ALLAH, jika benar ini rezeki kami, maka KAU jaga lah dia,
jika bukan rezeki kami, maka redha kan kami untuk menerima segala Qada MU,

atau apa mungkin KAU rasa aku yg terlalu cuai menjaga anugerah MU ini,
maaf kan aku yang lemah ya ALLAH,

dalam perancangan mencari rezeki di tempat lain,
di tempat yg sedikit flexi untuk title baru ini,
moga DIA mudahkan & berkati.

sayang, tolong terus kuat yaaa.
insyaAllah, DIA akan sentiasa jaga kita.


wit ♥'s, puteri Mama

Thursday, August 8, 2013

Dont judge each others live

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

"I don’t know about your hardships, and you don’t know about mine. So let’s not judge each others lives"
by Yasmin Mogahed (via tersenyum melihat langit)
wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, May 12, 2013

selamat datang Rejab..

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

kurang lebih sebulan sudah x menjenguk ke sini..
sedikit tenggelam dengan hal duniawi..
hanyut & terleka..
Rejab pun sudah masuk hari ke dua..
bermakna ramadhan sudah terlalu hampir..

dalam sebulan ini, terlalu banyak yang aku belajar..
terlalu banyak suka & duka datang silih berganti..

- alhamdullillah, aku sudah tetap dengan rezeki di sini.. insyaAllah..
- sekali lagi alhamdullillah 
soal rezeki, DIA lebihkan rezeki aku utk bulan ini, alhamdullillah..
- plan kami masih lagi tertunda.. kita hanya mampu merancang, DIA tentu kan..

- akhir; igauan 1 julai tahun lalu datang lagi, & alhamdullillah aku lebih tenang menghadapi nya..
:)

wit ♥'s, puteri Mama

Saturday, March 2, 2013

dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali..

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Al-Fatihah buat sepupu yg lebih disayangi DIA.


wit ♥'s, puteri Mama

Monday, January 7, 2013

penat yang sia sia

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

kepenatan.
lelah.
terlalu fanatik mengejar yg fana & penuh tipu daya ini.
aku lah itu insan lemah yang sekadar tahu berjanji pada DIA konon mahu cantik.
aku la itu insan yang terlalu cepat merasa kecewa,
merasa kalah pada suatu yang di nama kan qada & qadar.
aku lah itu yang sering & x pernah jemu merayu 'fancy-things' dari DIA,
aku lah itu yang sering tidak merasa cukup dengan segala kurnia DIA..
maaf.
wahai aku,
tolong. tolong belajar tunai-kota-kan apa segala yang kamu janji,
tolong belajar cukup dengan apa segala kurnia DIA,
maaf
maaf
aku enggan jadi yang berlari kepenatan, tapi hasil nya kosong-sifar dimata DIA
nekad! untuk belajar lebih dekat dengan KAMU..
insyaAllah. ameeen




wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, December 25, 2012

الحمد لله‎

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Fa biayyi alaa’i Rabbi kuma tukadzdzi ban
Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan...


“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [An-Nahl: 18]

الحمد لله‎    الحمد لله‎    الحمد لله‎


wit ♥'s, puteri Mama

Monday, October 8, 2012

gembira

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

mereka asyik menggambarkan kegembiraan.
mereka asyik ternampak kegembiraan.
yaa. tipu la jika aku terus nafikan kegembiraan itu kan.
الحمد لله. syukur pada DIA. tak terhitung syukur.
dan.
semoga keberkatan & keredhaan DIA tetap bersama aku nanti.
tetap kan aku istiqamah sebagaimana aku yang sekarang.
atau.
improve kan aku menjadi lebih better di sana nanti. moga diri ini terus gagah melangkah dengan cantik di sana nanti..
insyaAllah dengan izin DIA.
moga diri ini lebih matang mencongak langkah perjalanan nanti.
moga tiada lagi hati dan perasaan yang akan terguris.
moga segala yang kusut mampu aku bantu jernihkan.
moga cukup kekuatan yang DIA pinjamkan ini untuk aku bantu kuatkan mereka di sana.
aameeeen
الحمد لله.
All praise is due to Allah

seterusnya, biar DIA tentukan... insyaAllah, aku akan lakukan sedaya yang mampu...

wit ♥'s, puteri Mama

Friday, October 5, 2012

hijrah. insyaAllah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

sudah 4 hari oktober berlalu. kurang seminggu akan bermula lembar hidup baru. alhamdullillah. :)
insyaAllah.
-.-
ada suatu yang agak kurang jelas di dalam ini.
sukar untuk ditafsir.
berbahagi.
namun.  :)
hanya DIA. hanya pada DIA digantung sepenuh harapan setelah berusaha.
yakin. cukup yakin DIA selayaknya yang paling pintar mencongak semua ini.
indah. cukup indah segala yang DIA susun.
tak perlu ditanya;

kenapa selepas setahun baru datang rezeki ini?
mengapa bukan saat pertama kali setahun yang lalu?
kerana.  :)
hanya DIA. hanya pada DIA digantung sepenuh harapan setelah berusaha.
yakin. cukup yakin DIA selayaknya yang paling pintar mencongak semua ini.
alhamdullillah.
terus dan terus...

الحمد لله

wit ♥'s, puteri Mama

Saturday, September 22, 2012

setahun berlalu

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

setahun sudah rupanya berlalu. terasa sangat sekejap masa berlalu.
alhamdulillah terlalu banyak yang DIA dah bagi.
sempurna dan cukup.
alhamdullillah.
tapi, lumrah insan; tak pernah cukup dengan apa yang sedia ada. dan. sehingga hari ni, aku sendiri masih tercari cari arah tuju.
walaupun.
totally lari dari plan asal. berubah 360°. siapa aku untuk menetang jalan yang DIA dah tetapkan.
setiap sesuatu itu ada hikmahnya, aku yakin dgn DIA.
syukur alhamdullillah. moga aku tak pernah lupa 'alhamdullillah' untuk DIA pemberi segala apa yang dimiliki sekarang.
moga pinjaman ini mampu aku kongsi dengan mereka mereka. mereka mereka yang 
sentiasa di jiwaku . 


dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya & tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
Hud 11 : 6


salam konvo buat adik² junior.
wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, July 31, 2012

ramadhan 11; cukuplah DIA bagiku

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

berbillion syukur, الحمد لله dipanjatkan untuk DIA pemilik jasad dan roh ini, ternyata DIA tak pernah mensia siakan doa hambaNYA; walau insan yg terlalu byk khilaf seperti aku. terlalu banyak nikmat DIA beri pada diri ini untuk disyukuri, lebih2 lagi apa yg baru terjadi kebelakangan ini.

sejak awal tiba di sini, aku pinta di kuatkan untuk menghadapi segala yg bakal datang, maka, الحمد لله telah DIA tunaikan;


dalam hampir rebah, KAU ajar aku untuk terus kuat dan bangun dengan kudrat sendiri..

dalam aku terkeliru memula langkah sendirian, KAU hadirkan aku mereka mereka yang sudi menyuluh jalan ke arah MU..

dalam ikhtiar melawan gelodak jiwa, KAU datangkan aku ketenangan sebenar saat menghayati keindahan dhuha bersama ayat ayat MU..

' حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ '

"Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)"
A-li'Imraan 3 : 173

wit ♥'s, puteri Mama

Monday, June 11, 2012

dua-puluh-empat

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

semakin jauh langkah umurku meniti hari, 
ku pohon hidayah MU..
moga kau berkati umurku
&
izinkan aku semakin dekat dengan redha MU..

alhamdullillah. sykur ke hadrat MU
wit ♥'s, puteri Mama

Monday, June 4, 2012

doa

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

kata cik Gadis Merah;
"doa dalam sunyi itu lebih indah. maka, diamkan doa. panjangkan syukur. bersederhanalah"
tp,kali ini saya gagal untuk berdoa dalam sunyi.  -.-
'kuasa magis awak adalah kemampuan bikin saya senyum walau sedang gundah'.
terima kasih awak. walaupun saya selalu kecewakan awak.


wit ♥'s, puteri Mama

Friday, May 18, 2012

healing

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



close your eyes -.-
clear your heart ♥
pray
and
just l e t   i   t   g    o

berhenti puaskan satu dunia
(:

 
wit ♥'s, puteri Mama

Monday, April 23, 2012

hanya ingin mencintai MU

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

cinta insani, adalah buah kepada cinta seorang hamba kepada pemiliknya; Allah s.w.t.

andai cinta seorang hamba kepada Allah belum berkembang mekar, maka cinta insani tidak akan berkembang mekar..
bajai dan suburkan cinta kepada Allah s.w.t
dan
insya Allah cinta insani akan lebih mudah mekar, dengan izinNya.

moga disuluh cahaya redhaNya, agar tak sepi dari kasihNya
dan
saratkan hati ini dengan cinta hakiki, agar ku rasai nikmatNya, syurgaNya dan cintaNya..
ameen

Muhammad Irfaan Bin Muhammad Akinuddin
wit ♥'s, puteri Mama

Wednesday, March 21, 2012

berdiri sendiri

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

bukan mahu lari, apatah lagi lupa budi
sekadar mahu berdikari, berdiri sendiri

agar aku tahu hargai erti rezeki

nikmati hasil kemampuan sendiri
juga penuhi impian hati
tolong restui

dan doakan aku di sini
restu dan doa kalian akan kuatkan diri ini.

insyaAllah


wit ♥'s, puteri Mama

Saturday, March 17, 2012

dia

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

bersendirian hujung minggu ini, tanpa roomate dan tanpa dia si teman rapat; cik ecah yang mungkir janji untuk dating kami. .__. . teringat dating kami weekend yg lalu. banyak yang kami bualkan, kongsikan dan for sure gaduhkan. rindu!

bertanya dia, apa ko cari, ko tunggu sebenarnye fie..



wit ♥'s, puteri Mama

Friday, March 2, 2012

ditewaskan angin malam

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

alhamdullillah. baru selesai hantar senior ke stesen bus sungai nibong. semoga selamat di perjalanan mu senior. dah alang alang keluar, hati dan minda terasa seperti mahu menikmati angin malam. maka, terus pimpin si putih sebagai teman.

sejenak menikmati indah malam MU. telah hanyut kan aku hingga ke sana. hati meronta mahu pulang ke sana. tapi keadaan di sana masih belum reda sepenuhnya, mungkin. kata mama jangan lagi.

sejenak hanyut ke sana buat aku terfikir, degil dan berdosa itu aku. aku yang gagal menuruti kehendak seorang insan bergelar ayah. bukan berniat untuk kurang ajar, apatah lagi buat something yang tidak bermoral. cuma sekadar mahu mengejar impian dan cita cita sendiri. maaf.

angin malam. sampai kan salam rindu aku pada mereka di sana.
angin malam. sampai kan juga salam ampun maaf buat dia yang masih memendam marah pada insan bergelar anak yang degil ini. maaf.
angin malam. angin malam yang hampir tewaskan si degil ini.


sungguh. sangat rindu pada mereka di sana. :'(
enough! sebelum angin malam terus hanyutkan aku lebih jauh. aku pimpin si putih kembali ke desa. mempersiapkan jasad dan roh untuk hari esok. insya Allah masih di pinjamkan lagi hari esok.


dan demi waktu malam apabila telah sunyi. Tuhan mu tidak akan meninggalkan mu bersendirian dan tidak pula membenci mu. (adh-Dhuha 92:2-3)

wit ♥'s, puteri Mama

Thursday, November 17, 2011

jika namamu

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


dengan namaMU yang Maha Pemurah lagi Maha pengasihani

Jika namamu yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk diriku.
Nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dalam diri kita.
Tugasku bukan mencari dirimu, tetapi mensolehahkan diriku.
Wahai seseorang yang telah tertulis di Lauhul Mahfudz, bakal imamku, bakal ayah kepada zuriatku dan engkau yang bakal menakhodakan perjalanan bahtera kita nanti, aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, memantapkan dirimu untuk menjadi imam bagi aku dan zuriat kita kelak..


wit ♥'s, puteri Mama

Friday, November 11, 2011

1001 rezeki

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


segala puji bagi MU ya Allah.
pemilik jasad dan roh yg dipinjam sekarang.
syukur tak terhingga atas nikmat rezeki Mu buat ku hamba Mu yang serba kekurangan ini.
moga rezeki ini tidak membuat aku jadi riak, takbur dan melupakan Mu.
moga rezeki ini mendekatkan lagi aku hamba Mu yg lemah ini kepada Mu.
bimbing lah aku dalam memilih rezeki Mu.
bantulah aku dalam mencari rezeki Mu.
aku sekadar berusaha termampu aku mencari rezeki Mu.
segala nya ku serahkan kepada Mu yang Maha Agung dan Mengetahui segalanya.
semoga rezeki yang terbaik untuk aku.
semoga rezeki yang memberi kebaikan kepada aku dan keluarga ku di dunia dan akhirat.
segala puji bagi Mu.
Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi mu. Allah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya (al-Baqarah 2:216)

wit ♥'s, puteri Mama

Wednesday, November 9, 2011

bertatih dengan yakin

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


t e r i m a k a s i h
terima kasih a w a k
terima kasih sudi pinjamkan saya sedikit k e y a k i n a n awak
terima kasih y a k i n kan saya untuk terus ber t a t i h

"bertatih melangkah, biar seribu batu jangan pernah berhenti"

insyaALLAH.dengan k e y a k i n a n yang awak pinjamkan ni
saya akan terus ber t a t i h dengan y a k i n
terima kasih a w a k
t e r i m a k a s i h

wit ♥'s, puteri Mama

Selamat Ulang Tahun Sayang.. 🌷

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Kehadapan diriku yang kecil, 🤍 Kamu yang selalu penuh dengan rasa ingin tahu, Kamu ...