Showing posts with label hamba NYA. Show all posts
Showing posts with label hamba NYA. Show all posts

Thursday, June 11, 2026

Selamat Ulang Tahun Sayang.. 🌷

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kehadapan diriku yang kecil, 🤍
Kamu yang selalu penuh dengan rasa ingin tahu,
Kamu yang suka memerhati,
Kamu yang suka bertanya,
Dan yang selalu percaya bahawa masa depan akan menjadi sesuatu yang indah.
 
Ya, sayang.. 🤍
Masa depan itu memang indah,
Cuma jalannya tidak selalu seperti yang kita bayangkan,
Ada beberapa simpang yang tak pernah ada dalam pelan asal kita,
Ada beberapa kehilangan yang mengajar kita tentang redha & syukur,
Dan ada beberapa doa yang Allah jawab dengan cara yang sangat berbeza daripada apa yang kita minta.
 
Kamu telah membesar menjadi seorang wanita yang kuat,
Bukan kerana kamu tidak pernah menangis,
Tetapi kerana setiap kali hidup menguji, kamu tetap memilih untuk bangun semula.
 
Kamu belajar bahawa kebahagiaan tidak semestinya datang dalam bentuk yang sama bagi setiap orang,
Kadang-kadang ia hadir dalam bentuk tawa anak-anak,
Kadang-kadang dalam secawan kopi yang diminum dengan tenang,
Kadang-kadang dalam sebuah buku yang dibaca setiap bait perkataannya,
Kadang-kadang dalam doa yang terasa sangat dekat dengan langit.
 
Dan kamu tahu?
Pada saat ramai orang sedang selesa dengan kehidupan mereka,
Kamu masih memilih untuk menelaah helaian mukasurat itu,
Kamu masih memilih untuk bertanya,
Kamu masih memilih untuk mencabar diri sendiri,
Kerana jauh di sudut hati,
Kamu tidak pernah berhenti menjadi budak kecil yang ingin tahu itu.
 
Tentang impian kamu pula,
Ada yang sudah menjadi kenyataan, Alhamdullillah.
Ada yang masih dalam lakaran,
Ada yang masih tersimpan kemas dalam buku nota,
Tetapi kamu masih berjalan ke arahnya,
Perlahan-lahan,
Satu langkah pada satu masa.
 
Ada hari kamu akan rasa penat,
Sangat penat.
Sehingga kamu tertanya-tanya sama ada kamu mampu meneruskan perjalanan.
Tetapi percayalah,
Allah akan sentiasa menghantar sebab untuk kamu terus melangkah,
Kadang-kadang sebab itu datang dalam bentuk manusia,
Kadang-kadang dalam bentuk peluang,
Kadang-kadang dalam bentuk anak kecil yang memanggil kamu.
 
Jadi, diriku yang kecil dulu,,
Jangan terlalu risau tentang masa depan,
Kamu tidak akan memiliki semuanya,
Tetapi kamu akan memiliki apa yang benar-benar penting.
Dan suatu hari nanti,
Kamu akan melihat ke belakang dan tersenyum.
Kerana setiap luka, setiap air mata, setiap kesabaran,
rupa-rupanya sedang membentuk wanita yang kamu jadi hari ini.
 
Terima kasih kerana tidak pernah berhenti berharap.
Walaupun hidup tidak selalu mudah.
Walaupun jalan kita tidak selalu lurus.
Walaupun ada masa kita terpaksa berjalan seorang diri.
 
Selamat hari lahir, awak. 🤍
Kita masih belum sampai ke destinasi terakhir.
Tetapi setakat ini, Perjalanan kita cantik juga, kan? 🌷
 
"Hidup tidak berlaku seperti yang kita rancang ketika kecil. Tetapi Alhamdulillah, ia berlaku seperti yang Allah aturkan." 🤍

wit ♥'s, puteri Mama

Friday, April 25, 2014

pelangi selepas hujan

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

hari x selama nya cerah,
laut juga x selamanya tenang, sesekali pasti datang ombak gelora,
begitu juga hidup, x selamanya tersenyum ceria.

DIA amat arif bila saat nya air mata itu perlu,
namun bukan untuk terus & terus meratapi Qada NYA,
indah sungguh segala Qada DIA,
terkadang saat kita terlalu gembira meraikan Qada indah DIA; hingga terlupa sujud syukur pada DIA,
maka DIA beri sedikit teguran; sedikit cuma,
tapi cukup berkesan.

ALLAH, sungguh qada MU & segala perancangan MU terlalu sempurna.
alhamdullillah. alhamdullillah.

wit ♥'s, puteri Mama

Monday, April 7, 2014

Alhamdullillah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

alhamdullillah, itu je..
syukur tak terhingga pada MU ya ALLAH.

wit ♥'s, puteri Mama

Monday, January 27, 2014

just ask to be near YOU

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

alhamdullillah,
hampir genap dua purnama;
 status aku berubah,
 hijrah aku bermula,

dan,
sangat bersyukur atas segala yang Dia pinjamkan ini,
sangat terasa beruntung dengan segala rezeki anugerah Dia,

sekarang,
tiada lain yang aku pinta,
untuk sentiasa selalu dekat dengan Mu,
untuk sentiasa mengingati Mu,
semoga rahmat & redha Mu sentiasa megiringi setiap langkah kami,

ya Rabb,
terima kasih tak terhingga..

wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, November 5, 2013

Salam Tahun Baru Hijrah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam Maal Hijrah..
semoga tahun hijrah kali ni memberi lebih makna buat aku,
semoga tahun hijrah ini akan lebih mendekatkan lagi aku kepada DIA..
insyaAllah,
di akhir tahun masihi nanti aku akan berhijrah,
hijrah yang sangat besar makna bagi aku,
semoga hijrah aku ini dalam redha DIA,
restu kedua mereka; ma aboh sudah aku perolehi,
sedikit gundah & nervous dengan hijrah kali ini
hijrah paling besar mungkin..


share from my fav blog; langit ilahi

wit ♥'s, puteri Mama

Monday, September 16, 2013

ReFuBee -cookies yang comel

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bismillah, dengan namaMU..

bagi mereka yang suka kan cookies macam aku..
yang mulut nya sentiasa mahu menguyah..
yang suka kan kudapan di saat mengadap PC di ofis..
yang suka kan kudapan di saat menonton di rumah..
yang ingin kan teman kudapan di saat Q di jalan raya..
atau mungkin bagi mereka yang hidup penuh buzy kesana kemari seperti aku..

maka pilihan nya hanya cookies ini..
bentuk kecik molek..
packaging yang comel..
senang di bawa anywhere anytime..
so, special cookies dari Refubee ni sangat sesuai jadi teman kudapan..
sekarang boleh buat tempahan ikut pilihan anda..
    1. Drop your comments here..
    2. WhatsApp me at 013-4731020 (WhatsApp only)
    3. Direct order at http://refubee.com/..

Selamat Menjamu Selera.. :)

wit ♥'s, puteri Mama

Saturday, September 14, 2013

projek MEGA

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

alhamdullillah, terima kasih pada DIA,
kerana membantu memudah kan proses perlaksanaan projek besar ini..
dan insyaAllah dalam masa yang sama juga sedang usahakan 1 lagi projek besar..
mungkin suatu permulaan bagi aku..
untuk aku belajar tentang keyakinan..
lebih yakin & berdikari..
untuk aku belajar untuk lebih manghargai masa..
merancang & planning..
insyaAllah, sedang berusaha..
baru di tangga 0.5..
doa kan yaa.. 


pinjam quote dari Friedrich Nietzsche;
"Do you believe that you will be able to converse well with this person into your old age? Everything else in marriage is transitory"

dan Eddie Cantor;

"Marriage is an attempt to solve problems together which you didn't even have when you were on your own"

wit ♥'s, puteri Mama

Friday, August 30, 2013

HARTA: AlKahfi; 46

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

jumaat ini, aku AL untuk temu janji SiPutih ku..
di temujanji SiPutih, aku di ingat kan DIA tentang harta..
di ketuk pintu hati & fikiran dengan teguran seorang bertaraf 'ayah'..
terima kasih..

AlKahfi; 46
"ya Allah, saat Kau kurniakan aku harta, jangan Kau hilangkan tawadhuk ku"

wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, August 25, 2013

Rezeki, Amanah & Tanggungjawab

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


hari hari berlalu terasa sangat singkat.
lama sungguh tak update di sini.
minggu berlalu, berganti bulan, terlalu pantas masa beredar.
ralit dengan amanah & tuntutan kerja.
kerja juga amanah & tanggungjawab bukan.
kalau sebelum ini aku katakan kerja ku ini semua hanya mengejar dunia semata mata.
aku SILAP. itu silap aku sering kali memandang sesuatu dari 1 sudut sahaja.
kerja itu juga amanah & tanggungjawab untuk kita.
sudah ditetapkan DIA rezeki kita di bidang tertentu, maka, tanggungjawab & amanah dari DIA melalui majikan WAJIB dilaksanakan sebaik mungkin.
yaa. alhamdullillah.. aku semakin positif dengan amanah ini,
alhamdullillah.. mungkin semakin serasi.
terlalu banyak yang aku belajar &diajar pada aku..
terima kasih.

dan.

belum genap setahun, aku sudah punya task baru yang sangat mencabar.
mencabar bagi aku seorang gadis yang mencari rezeki di majoriti lelaki.
yaa. gender bukan suatu isu yang besar.

moga DIA terus bersama aku sepanjang di sini.

segala yang pahit akan ku jadikan teladan untuk yang mendatang.
segala yang manis akan ku jadikan pemangkin untuk terus yakin melangkah..

terima kasih,

alhamdullillah,
syukur.


Ya Allah,
Saat Engkau mengurniakanku harta, janganlah Engkau cabut kebahgiaanku,

Ketika Engkau berikan aku kekuatan, janganlah Engkau hilangkan kebijaksanaanku,

Apabila Engkau mengurniakan aku kuasa, janganlah Engkau cabut tawadhu’ku,

Ketika Engkau berikan aku kerendahan hati, janganlah Engkau hilangkan kemuliaanku,

Saat Engkau kurniakanku kehebatan, janganlah Engkau tarik sifat kasih dan pemaafku..

wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, June 2, 2013

hujung minggu

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

hujung minggu lalu ber'holiday' ke utara, attend wedding kosmet,
melawat ke rumah kosmet yang suda punya rumah-tangga,
melihat gelagat mereka yang sedang menunggu giliran; asyik bertukar 'kad-keramat'..
& tak kurang yang masih mencari cari..
insyaAllah, jodoh itu milik DIA.. teruskan usaha sahabat..

rupa nya sudah hampir 2 tahun meninggalkan alam kampus..
pantas benar masa berlalu.. masing-masing sudah punya cerita sendiri..
tapi. semua aku lihat masih sama seperti dahulu..

tak lupa juga buat seorang sahabat yang sedang hebat diuji DIA..
aku yakin & aku nampak dia cukup kuat menghadapi nya..
semoga terus kuat sahabat..
aku rindu saat gelak ketawa bersama kau..
saat kita ligat mengejar masa ke kuliah..
saat kau galak mengusik ketika kita sama-sama lepak dengan MERLIN..
saat kau tido terhimpit ketika tumpangkan aku yang ditinggalkan rumet..
masih setia conforter itu temani kau..
sahabat, tolong terus kuat..
ya Allah, tolong kuat kan dia-sahabatku..
aku & yang lain sentiasa doakan kesejahteraan kau..

hujung minggu ini, aku ligat memberes kan apa apa list yang ada..
namun hanya suku yang mampu selesaikan..
insyaAllah, moga DIA beri lagi masa untuk selesaikan sepenuh nya..



wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, May 12, 2013

selamat datang Rejab..

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

kurang lebih sebulan sudah x menjenguk ke sini..
sedikit tenggelam dengan hal duniawi..
hanyut & terleka..
Rejab pun sudah masuk hari ke dua..
bermakna ramadhan sudah terlalu hampir..

dalam sebulan ini, terlalu banyak yang aku belajar..
terlalu banyak suka & duka datang silih berganti..

- alhamdullillah, aku sudah tetap dengan rezeki di sini.. insyaAllah..
- sekali lagi alhamdullillah 
soal rezeki, DIA lebihkan rezeki aku utk bulan ini, alhamdullillah..
- plan kami masih lagi tertunda.. kita hanya mampu merancang, DIA tentu kan..

- akhir; igauan 1 julai tahun lalu datang lagi, & alhamdullillah aku lebih tenang menghadapi nya..
:)

wit ♥'s, puteri Mama

Saturday, March 2, 2013

dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali..

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Al-Fatihah buat sepupu yg lebih disayangi DIA.


wit ♥'s, puteri Mama

Monday, January 7, 2013

penat yang sia sia

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

kepenatan.
lelah.
terlalu fanatik mengejar yg fana & penuh tipu daya ini.
aku lah itu insan lemah yang sekadar tahu berjanji pada DIA konon mahu cantik.
aku la itu insan yang terlalu cepat merasa kecewa,
merasa kalah pada suatu yang di nama kan qada & qadar.
aku lah itu yang sering & x pernah jemu merayu 'fancy-things' dari DIA,
aku lah itu yang sering tidak merasa cukup dengan segala kurnia DIA..
maaf.
wahai aku,
tolong. tolong belajar tunai-kota-kan apa segala yang kamu janji,
tolong belajar cukup dengan apa segala kurnia DIA,
maaf
maaf
aku enggan jadi yang berlari kepenatan, tapi hasil nya kosong-sifar dimata DIA
nekad! untuk belajar lebih dekat dengan KAMU..
insyaAllah. ameeen




wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, December 16, 2012

insyaAllah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



yang mudah selalu di susahkan menjadi terlalu sukar..
hakikat asal sangat mudah untuk dilaksanakan..
-.-
moga diberkati.. ameen.
insyaAllah



wit ♥'s, puteri Mama

Wednesday, December 5, 2012

beruntunglah...

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

beruntunglah seorang Hawa,
jika dinikahi kerana ingin mendidik & membimbing ke jalan yang diredhai Allah..

bukan menikahi kerana ingin menakluki, kerana dia sedar bahawa bukan dia yang memiliki, tapi hanya meminjam pinjaman Ilahi.bukan menikahi kerana ingin menguasai, kerana dia sedar, dia memikul tanggungjawab besar sebagai seorang suami.
dinikahi kamu bukan semata-mata berbekal cinta,
bahkan bermatlamat untuk memperbaiki agama.
beruntunglah kamu,
wahai Hawa yang dimuliakan.
.

Aku Islam
wit ♥'s, puteri Mama

Monday, November 12, 2012

alhamdullillah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

pantas benar si minit & saat beralih,
pantas benar sang bulan & mentari berganti,
terlalu banyak yang DIA tunjukkan tanpa sedar..

mengakui kelemahan diri ini,
mengakui kerapuhan sendiri,
mengakui, benar memang aku ini insan..
namun,
masih jauh yang perlui aku terokai,
masih banyak yang manis menanti dihadapan,
kini,
aku mengerti, mecongak langkah itu bukan semudah disangka..
perlu yakin juga semangat yang tak kenal penat,

juga doa pada DIA,
juga restu DIA & mereka..
siang & malam bukan ukuran,
keluar gelap, pulang berembun..

sekurang kurang keluar aku dengan ciuman dia,
juga pulang aku bersambut senyum dia..
apalagi selain itu..
alhamdullillah..

wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, October 23, 2012

ad-dunya

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

O lord, let what I work for & this mortal world be the crap-field for my Akhirah, as the best reward is that being with U in Jannah.




wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, October 14, 2012

wahai diri

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

wahai MATA yang pernah melihat maksiat, menangislah bersungguh-sungguh hingga mengalir air mata taubat..
wahai TELINGA yang pernah mendengar perkara lagha dan mengumpat, sucikanlah ia dengan selalu mendengar alunan munajat dan nasihat..
wahai JIWA yang hitam dan berkarat, perbanyakkanlah istighfar memohon taubat agar hati sentiasa lebih berkilat..
wahai DIRI yang tidak ada arah tujuan, kembalilah ke pangkal jalan..

sesungguhnya Allah itu sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya yang benar-benar ingin bertaubat..

biarlah PENAT hanya sementara di dunia fana, kerana kemanisannya nanti kita akan rasa apabila Allah memberi peluang kepada kita untuk REHAT dengan tenang di sana nanti..

reblog..terima kasih.

wit ♥'s, puteri Mama

Monday, October 8, 2012

gembira

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

mereka asyik menggambarkan kegembiraan.
mereka asyik ternampak kegembiraan.
yaa. tipu la jika aku terus nafikan kegembiraan itu kan.
الحمد لله. syukur pada DIA. tak terhitung syukur.
dan.
semoga keberkatan & keredhaan DIA tetap bersama aku nanti.
tetap kan aku istiqamah sebagaimana aku yang sekarang.
atau.
improve kan aku menjadi lebih better di sana nanti. moga diri ini terus gagah melangkah dengan cantik di sana nanti..
insyaAllah dengan izin DIA.
moga diri ini lebih matang mencongak langkah perjalanan nanti.
moga tiada lagi hati dan perasaan yang akan terguris.
moga segala yang kusut mampu aku bantu jernihkan.
moga cukup kekuatan yang DIA pinjamkan ini untuk aku bantu kuatkan mereka di sana.
aameeeen
الحمد لله.
All praise is due to Allah

seterusnya, biar DIA tentukan... insyaAllah, aku akan lakukan sedaya yang mampu...

wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, October 7, 2012

dengan namaMu

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Dengan namamu Ya Allah, Kami meminta pada waktu pagi dan petang, bagi mengisi pujian pada waktu pagi dan petang, kurniakan kami dari sisiMu petunjuk, Tunjukkan kami jalan kebaikan, sesungguhnya ketaqwaan kpd Allah cahaya dan jalan kejayaan...

wit ♥'s, puteri Mama

Selamat Ulang Tahun Sayang.. 🌷

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Kehadapan diriku yang kecil, 🤍 Kamu yang selalu penuh dengan rasa ingin tahu, Kamu ...