Sunday, October 30, 2011

jangan menangis penyu

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

my ♥ GANU x berjaya jadik juara piala m'sia. so sad. :'( .kalah plak sbb mcm x leh diterima jek. sabo laa sang penyu ea. jgn menangis yek. kiter cuba lagi next year oke.



thanx ashaari for the score.
utk apam, jangan emo emo dan sedih sedih oke. dah adat game, ade menang ada kalah. sabar yek apam. hbiskan kepsi tu. jgn sampai x lalu makan plak. sedih tgk awak sedih   =.=' 

wit ♥'s, puteri Mama

Monday, October 24, 2011

GANU juara piala malaysia 2011

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

wah. confident jek tajuk entry. hekhek. insyaALLAH. x mustahil kan. GANU dah menang piala FA jun aritu. hadiah hari lahir yg bermakna buat saya. ;) .insyaALLAH x mustahil kan untuk menang satu lagik piala utk tahun nie. sempena tahun akhir Yang DiPertuan Agung kite yang hemsem yang juga org GANU kite -Sultan Mizan. 



tetiber teringat memori tgk bola kat hostel dulu.  dulu msa tahun 2001. time tu tgk TRG vs PERAK kat blik study hostel. kecoh bilik study kami jerit. warden & mak guard pon da surrender nak larang. hahaha. sama kuat oktaf jeritan ngan blik study boys. hehe. rindu sgt time sekolah dlu. rindu nyer kenangan di TERENGGANU.


dan insyaALLAH. harap nya TERENGGANU dpt balik piala malaysia lepas 10 tahun bertarung di padang. :) . apa pon, go ganu go!! semangat saya nak tgok team ganu maen. tambah tambah lagik sume hemsem hemsem. hik. gatai!

gambar dicurik dari facebook fan trg. TQ awak awak
saya jatuh cinta lagiks! ahaks >.< .tapi cinta saya pada ABDUL HADI YAHYA tak direstui apam saya. then saya jatuh cinta pulaks pada yg disebelah beliau. beliau juga hebat. skor gol sokmo :) 
wit ♥'s, puteri Mama

Friday, October 21, 2011

buat yang tersayang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

happy hari lahir ke 47 buat aboh tersayang


Qistina Amirah & Aiman Firdaus
U taught me how to talk. U even held my hand and made me walk. U filled my mind with knowledge & understanding, that I would never be able to learn if not for U.
Thanks for everything. ♥ Aboh.
Happy Birthday!
wit ♥'s, puteri Mama

Monday, October 17, 2011

motivasi diri

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

sedikit perkongsian untuk motivasi diri dan hati yang sangat rapuh tika ini. mahu bina kekuatan hati. mahu dekat dengan DIA.
gambar kredit to nor abdullah. TQ
1.  Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2. Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3. Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4. Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5. Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6. Surah Al-Kauthar dapat meleraikan segala perbalahan.
7. Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8. Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9. Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10. Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

"success is how high you bounce when you hit bottom.
ALLAH gives every birds food, but ALLAH does not throw it into its nest" -terima kasih sahabat 
the hardest thing is to motivate my self. mengubat penyakit 'hati'
wit ♥'s, puteri Mama

Monday, October 10, 2011

lelaki juga frust menonggeng akibat ♥

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

rini tetibe jek rasa nak cite pasal 'lelaki-jugak-frust-menonggeng-kalo-putus-cinta'. haha. tak pasal kan. ni bukan kes terpengaruh ngan cite "Hantu Bonceng" si mat jijan tu. tapi. sindrom-terkejut-amat lepas dengar luahan hati sorang teman. saya juga sangat tak sangka beliau pernah mengalami keadaan-yang-amat-tak-terjangka lepas clash ngan ex-awek beliau.


gambar curik untuk hiasan. mekaseh akak :)

sepanjang kenal baliau. tak kering gusi kalo duk bersembang. beliau sangat kelakar. tapi. kalo tiba part bermuzakarah. tak sah kalo beliau tak mengeluarkan barang sepotong atau beberapa potong hadis or ayat ayat QURAN. kadang kadang rasa kagum ngan ke-s-e-m-p-u-r-n-a-a-n beliau. tapi sekadar memuji oke.

akibat terlalu sayang kan awek beliau tu, beliau pernah membeli-kan si awek cincin emas. katenyer 'sebab awek wa kate dier x penah pakai emas, so, tak nak hampa kan awek, wa gigih laa kumpul duit semata mata nak belikan awek wa cincin emas'. owh. so sweet kan. 'wa jgak penah tak balik kg time raya, sebab nak beraya ngan awek wa'. sekali lagik touching. 'wa penah angkat tong gas time wa tengah demam, dari kdai ke moto wa, then ke rumah awek wa. wa memang sayang dier mati mati. wa da anggap diri wa ni ketua family dia'. memandangkan awek beliau sudah kehilangan tunggak keluarga-ayah. 'wa jgak gigih ke hulu hilir bawak dia cari kerja tetap kat pekan. wa gigih turun naek opis krajaan semata-mata nak tunaikan impian dia nak kerja krajaan'. dah macam over la plak beliau ni. 'wa mmg sayang dier sgt2 la. time tu wa x pandang dah pompuan laen. wa nampak dia jek pompuan kat dunia ni. lepak2 ngan member pon wa da kurang dah. wa buang member wa demi dia. sampai member wa pon ade ckp wa over. tapi wa tak kesah'. oke beliau sangat sangat over kan. 'alhamdullillah, 4 tahun wa ngan dia'. clap clap. :)

'2008 tahun mencabar bagi wa'. saya start speechless. 'pas frust menonggeng ditinggal awek, wa sanggup telan 6 papan panadol. then, wa terbongkang, wa buat mak ayah wa menangis tak henti-henti'. speechless. 'tapi, wa tak kesah, yang wa kesah, awek yang wa tatang bagai menatang minyak yang penuh, awek yang wa duk puja siang malam, awek yang wa duk junjung junjung da pergi tinggalkan wa'. tiada kata. 'mak ayah along angah adik adik wa pujuk, wa wat tak tau ja, wa bawak keta along wa, wa bawak laju laju wa nampak nak mati jek time tu, wa rasa wa tak leh idup kalo awek wa yang wa duk puja siang malam tu tak de'. kaku. diam. just telinga yang berfungsi. 'wa nak kelar tangan sendiri, sampai mak wa meraung raung, ayah along wa da lempang2 wa. wa mcm org tak sedar'. huh.kuat jugak pengaruh dat girl kan. 'alhamdullillah mak ayah bawak wa jumpa pak ustaz. alhamdullillah wa da oke sket'. fuhh. alhamdullillah. 'satu hari wa set hari, wa mintak balik cincin emas wa. wa tak kesah. yg lain dia bleh amek, tapi cincin emas wa yang wa beli ngan kerja keras wa, wa mmg nak balik'. menangis dalam hati. 'then kami jumpa. wa bawak sume brg dia bagi wa. wa nak bagi balik barang dia, wa nak balik cincin emas wa. wa bagi barang dia elok jek wa letak lam kotak. wa letak tepi pintu keta dia. tapi dia campak jek cincin emas wa. cincin emas yang wa beli sendiri ngan titik peluh wa semata mata untuk dia. dia campak cincin wa. wa panas. wa memang sangat panas. wa cekik kolar baju dia, wa angkat tangan wa. wa da aim tempat nak landing penumbuk wa nieh. tetiba azan. wa tumbuk cermin keta dia'. ya ALLAH. saya rasa sangat sakit masa tu dengar dia citer. rasa nak nages jek. dalam hati saya mmg da nanges. saya tak sangka. beliau pernah alami keadaan yang mcm tu. sungguh saya tak pernah sangka. 'alhamdullillah, skrg zaman jahiliah wa da tamat. wa da jumpa pemilik sebenar hati wa. skrg wa just nak qada balik segala kasih DIA kat wa yang slama ni wa tak hiraukan. wa yakin DIA ada jalan sendiri nak tentu kan jodoh wa. wa redha. tapi sebelum wa terima jodoh wa. wa nak dia tau siapa wa dulu. bukan stakat knal wa skrg'. maka.benarlah janji DIA. setiap yang terjadi ada hikmah. kalo bukan semua ni berlaku mungkin kah beliau yang saya kenal akan se-s-e-m-p-u-r-n-a ini??

today, genap 2 hari beliau tak contact saya. kenapa? mengapa? saya mintak maaf jika saya yang salah sebab mengingatkan awak kembali saat saat getir awak. dan jika awak rasa awak da termalu sbb confession tu, saya tak rasa awak patut rasa sedemikian. awak juga manusia biasa yang juga punya air mata walaupun awak lelaki. moral of the story?? masing masing punya tanggapan sendiri. bagi saya...
 
"sayang boleh, tapi jangan berlebih. sebab hanya DIA yang boleh kita harapkan sepenuhnya"
wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, October 9, 2011

bertunang 9-10-11

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

selamat bertunang buat sahabat tersayang cik Elly
semoga di panjangkan jodoh antara kamu


"barakallahu laka wabaaroka 'alaika wa jama'a bainakumaa fii khoir"
bermaksud
"semoga Allah memberkatimu dan meletakkan keberkatan ke atasmu serta menghimpunkan kedua kamu dalam keberkatan"
ameeen


mode menunggu turn sendiri :P
wit ♥'s, puteri Mama

Monday, October 3, 2011

jika aku jatuh cinta ♥

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana...
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...

Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...
Amin ya rabbal alamin...

"If he’s serious and honest, he’ll go to your Wali and ask for you in a respect and honuor way for Nikah, not go straight to you and showering you with sweet dreams and promises, keep you wondering and do nothing" -credit to bulanHijau

wit ♥'s, puteri Mama

Saturday, October 1, 2011

jom jenguk ewalk photography

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

terima kasih encik Rahim from ewalk PHOTOGRAPHY

terima kasih
kerna sudi mengabadikan moment indah ini.so.untuk sebarang tempahan photography untuk ape ape event pon leh contact beliau






Selamat Ulang Tahun Sayang.. 🌷

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Kehadapan diriku yang kecil, 🤍 Kamu yang selalu penuh dengan rasa ingin tahu, Kamu ...