Showing posts with label berkongsi. Show all posts
Showing posts with label berkongsi. Show all posts

Friday, August 30, 2013

HARTA: AlKahfi; 46

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

jumaat ini, aku AL untuk temu janji SiPutih ku..
di temujanji SiPutih, aku di ingat kan DIA tentang harta..
di ketuk pintu hati & fikiran dengan teguran seorang bertaraf 'ayah'..
terima kasih..

AlKahfi; 46
"ya Allah, saat Kau kurniakan aku harta, jangan Kau hilangkan tawadhuk ku"

wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, June 2, 2013

hujung minggu

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

hujung minggu lalu ber'holiday' ke utara, attend wedding kosmet,
melawat ke rumah kosmet yang suda punya rumah-tangga,
melihat gelagat mereka yang sedang menunggu giliran; asyik bertukar 'kad-keramat'..
& tak kurang yang masih mencari cari..
insyaAllah, jodoh itu milik DIA.. teruskan usaha sahabat..

rupa nya sudah hampir 2 tahun meninggalkan alam kampus..
pantas benar masa berlalu.. masing-masing sudah punya cerita sendiri..
tapi. semua aku lihat masih sama seperti dahulu..

tak lupa juga buat seorang sahabat yang sedang hebat diuji DIA..
aku yakin & aku nampak dia cukup kuat menghadapi nya..
semoga terus kuat sahabat..
aku rindu saat gelak ketawa bersama kau..
saat kita ligat mengejar masa ke kuliah..
saat kau galak mengusik ketika kita sama-sama lepak dengan MERLIN..
saat kau tido terhimpit ketika tumpangkan aku yang ditinggalkan rumet..
masih setia conforter itu temani kau..
sahabat, tolong terus kuat..
ya Allah, tolong kuat kan dia-sahabatku..
aku & yang lain sentiasa doakan kesejahteraan kau..

hujung minggu ini, aku ligat memberes kan apa apa list yang ada..
namun hanya suku yang mampu selesaikan..
insyaAllah, moga DIA beri lagi masa untuk selesaikan sepenuh nya..



wit ♥'s, puteri Mama

Saturday, March 23, 2013

mata brown yang mengajar aku

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




bahagia-kebahagian..
setiap kita punya jalan bahagia kita sendiri..
bahagia yang mungkin bukan bahagia pada mata insan lain..
DIA punya jalan DIA sendiri menentu kebahagiaan setiap kita; insan kerdil..


pada mata mereka aku memandang dunia luar, dunia sebelah lain,
sebelah yang mungkin aku sendiri tak terjangkau keadaan nya,
pada mata brown nya aku memandang kekentalan semangat,
pada mata indah itu juga terselit keperitan hidup,
bila selami mata itu aku seakan tewas dengan jiwa kecilku,
tertewas kerana sering kali aku mengeluh dengan hidup sedang kan aku punya lebih dari mereka..
betapa aku sungguh tidak bersyukur..

cukup dengan sekadar satu thumbs up untuk melihat sinar di mata itu,
cukup dengan thumbs up untuk melihat segaris senyuman di wajah mereka..
terkadang aku tewas dengan rasa tinggi hingga mungkin mengguris hati mereka..

maaf, akan ku belajar mengawal emosi ku,
akan ku kongsikan bersama kalian secebis ilmu kurniaan DIA ini..

TAPI, janji jangan pengsan lagi okey.. :)



tika di atas, jangan lupa tunduk memandang yang di bawah,
ingat bumi yang menyokong & hargai langit yang memayung

wit ♥'s, puteri Mama

Wednesday, December 5, 2012

beruntunglah...

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

beruntunglah seorang Hawa,
jika dinikahi kerana ingin mendidik & membimbing ke jalan yang diredhai Allah..

bukan menikahi kerana ingin menakluki, kerana dia sedar bahawa bukan dia yang memiliki, tapi hanya meminjam pinjaman Ilahi.bukan menikahi kerana ingin menguasai, kerana dia sedar, dia memikul tanggungjawab besar sebagai seorang suami.
dinikahi kamu bukan semata-mata berbekal cinta,
bahkan bermatlamat untuk memperbaiki agama.
beruntunglah kamu,
wahai Hawa yang dimuliakan.
.

Aku Islam
wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, October 14, 2012

wahai diri

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

wahai MATA yang pernah melihat maksiat, menangislah bersungguh-sungguh hingga mengalir air mata taubat..
wahai TELINGA yang pernah mendengar perkara lagha dan mengumpat, sucikanlah ia dengan selalu mendengar alunan munajat dan nasihat..
wahai JIWA yang hitam dan berkarat, perbanyakkanlah istighfar memohon taubat agar hati sentiasa lebih berkilat..
wahai DIRI yang tidak ada arah tujuan, kembalilah ke pangkal jalan..

sesungguhnya Allah itu sentiasa membuka pintu taubat kepada hambaNya yang benar-benar ingin bertaubat..

biarlah PENAT hanya sementara di dunia fana, kerana kemanisannya nanti kita akan rasa apabila Allah memberi peluang kepada kita untuk REHAT dengan tenang di sana nanti..

reblog..terima kasih.

wit ♥'s, puteri Mama

Wednesday, July 11, 2012

sebatang pensel

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


wit ♥'s, puteri Mama

Monday, June 4, 2012

doa

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

kata cik Gadis Merah;
"doa dalam sunyi itu lebih indah. maka, diamkan doa. panjangkan syukur. bersederhanalah"
tp,kali ini saya gagal untuk berdoa dalam sunyi.  -.-
'kuasa magis awak adalah kemampuan bikin saya senyum walau sedang gundah'.
terima kasih awak. walaupun saya selalu kecewakan awak.


wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, May 22, 2012

Allahumma Ballighna Ramadhan

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Allahumma baariklana fi rajabin wa sya'baana wa ballighnaa ramadhaan
Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya'aban dan sampaikan (Hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan." HR Baihaqi.
wit ♥'s, puteri Mama

Thursday, April 12, 2012

manusia bernama insan

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


sedang asyik seronok berpeleseran bersama mereka, sempena cuti pertabalan kelmarin, DIA datangkan sedikit peringatan.
Nah! mungkin kurang terasa semasa kejadian, namun, sedikit tersentak jauh di dalam hati. Tertanya sendiri ;
Apakah telah datang apa yg DIA janjikan itu.
tapi, hari ini. masih begini. seperti langsung lupa akan peringatan DIA semalam. aduhai manusia bernama insan..   -.-

"Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar"
Al-'Asr 103 : 1-3


wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, April 10, 2012

mencari cinta MU

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



wit ♥'s, puteri Mama

Wednesday, April 4, 2012

saat lafaz sakinah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



"Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Tangisannya kini ku serah padamu
Jadikanlah dia wanita syurga"



huh..masih degil lagi kau anak?? maaf kan anakmu yang degil ni aboh...
wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, April 3, 2012

doa Dhuha

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


kalo nak lagi menusuk kalbu. sila download doa dhuha nyanyian UNIC. insyaAllah sng masuk dan jgn lupa praktis. :)

wit ♥'s, puteri Mama

Saturday, November 5, 2011

salam AidilADHA

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


salam aidlADHA 1432 H yang bakal menjelma tak lama lagik.
sama sama kita hayati erti aidilADHA kali ini



thanx cikgu jijiyu untuk perkongsian ini
wit ♥'s, puteri Mama

Monday, October 17, 2011

motivasi diri

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

sedikit perkongsian untuk motivasi diri dan hati yang sangat rapuh tika ini. mahu bina kekuatan hati. mahu dekat dengan DIA.
gambar kredit to nor abdullah. TQ
1.  Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2. Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3. Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4. Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5. Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6. Surah Al-Kauthar dapat meleraikan segala perbalahan.
7. Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8. Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9. Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10. Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

"success is how high you bounce when you hit bottom.
ALLAH gives every birds food, but ALLAH does not throw it into its nest" -terima kasih sahabat 
the hardest thing is to motivate my self. mengubat penyakit 'hati'
wit ♥'s, puteri Mama

Monday, October 3, 2011

jika aku jatuh cinta ♥

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu...

Ya Muhaimin...
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana...
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu...

Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...
Amin ya rabbal alamin...

"If he’s serious and honest, he’ll go to your Wali and ask for you in a respect and honuor way for Nikah, not go straight to you and showering you with sweet dreams and promises, keep you wondering and do nothing" -credit to bulanHijau

wit ♥'s, puteri Mama

Saturday, October 1, 2011

jom jenguk ewalk photography

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

terima kasih encik Rahim from ewalk PHOTOGRAPHY

terima kasih
kerna sudi mengabadikan moment indah ini.so.untuk sebarang tempahan photography untuk ape ape event pon leh contact beliau






Tuesday, September 20, 2011

special photoshoot for konvo

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

skrg da masuk musim org berKONVO plak kan.so.sempena musim org berKONVO ni kan.saya nak amek kesempatan menolong mempromosikan sorang PHOTOGRAPHER yang agak prooo. :) .utk sesape yg berminat snap pic utk whole fmly,kawan kawan,pakwe makwe,kekasih gelap,tunang,suami isteri or sesape laa.available before and after event.kat mana mana tempat pun boleh request.tp ikut turn laa yek.. opss.selain dari konvo juga diterima.harga boleh dirundingkan. :)

Harga :
For 1 album 4R (1roll=40 pieces) + 1pic 8R with frame + DVD = RM250
For shoot (+- 40 pieces + random size,ur choice) n burn = RM150

Berminat?? terus contact saya.mail at efi_shaheera@yahoo.com.or jerit jek kat shout box.or leave komen.juga boleh tgk smple pics kat Ewalk Photography.dan.teruslah PM beliau.jgn lupa sebut puteriMama or efi utk special price yek.. :)

haa.nak lompat lompat pon bleh tau  :)
cun kan.ade birds lagik.ini promo utk wed


wit ♥'s, puteri Mama

Selamat Ulang Tahun Sayang.. 🌷

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Kehadapan diriku yang kecil, 🤍 Kamu yang selalu penuh dengan rasa ingin tahu, Kamu ...