Tuesday, January 31, 2012

berHIJRAH...

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

akhir nya. kata putus dan nekad ditemui. tinggalkan industri ini demi kembali ke usm. terkadang, datang bisikan bisikan yang sengaja meracuni hati dengan keraguan akan keputusan yg telah dibuat ini.

namun.
alhamdullillah. di awal hari tadi selesai uruskan hal di Dura-Mine. dan syukur, pemergian ini bukan dengan tangan kosong, malah turut di bawa sedikit bekalan berupa pengalaman, nasihat, kenangan manis dan duka serta ilmu yg insyaAllah akan tersemat kukuh dlm jasad dan roh ini. terima kasih kalian kerana sudi menerima dan memberi ruang untuk diri ini menimba pengalaman bersama kalian. terima kasih tak terhingga. semoga ukhwah ini terus berkekalan. insyaAllah.

dan.
sedang siap siap untuk kembali ke utara. Hijrah ini masih belum selesai sepenuhnya. tiada yang dapat diperoleh sekelip mata. tambah lagi tentang Hijrah. Hijrah perlu pengorbanan dan Hijrah itu sendiri perjuangan. maka harus berkorban dan berjuang puteri mama. semoga dipermudahkan DIA urusan Hijrah di sana kelak. ameen. padaMu kuserah segala nya.

dan.
terima kasih buat mereka di sana yang banyak membantu permudahkan urusan Hijrah ini. x sabar mahu bertemu kalian
‘everything u do, do with heart’

wit ♥'s, puteri Mama

Saturday, January 28, 2012

alhamdullillah. cukup damai

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

alhamdullillah. benarlah seperti di sampaikan mereka mereka tetang sabar. sabar itu walau pun payah dan amat pahit untuk di telan, namun di akhir sabar itu ada seribu kenikmatan yang tak terungkap dek kata kata. dalam kalam NYA juga ada menyebut..."sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan" (Al-Insyirah 94 : 5-6). bukan disebut sekali. tapi dua kali. 'kesusahan' tersepit antara dua 'kemudahan'. proved bukan.

alhamdullillah sekali lagi. di petang penghulu segala hari yang lepas, berita yang selama ini ditunggu tunggu sampai ke salah satu pancaindera pinjaman MU. dan. sekali lagi syukur tak terhingga, selepas diskusi ringkas dengan ma-aboh. mereka merestui walau pun bukan sepenuh hati. syukur. 'terpulang'. 'terpulang' dari aboh seolah olah lampu kuning untuk perjalan ini. teruskan perjalanan jika yakin, sebaliknya berhenti jika tiada keyakinan. dan. kekangan kekangan di tempat sekarang, sedikit menambah keyakinan diri ini untuk teruskan perjalanan ini. perjalanan menjadi wanita cantik. semoga KAU permudahkan. ameen



Dan jika ALLAH menimpakan sesuatu bencana ke atas mu, maka, tiada yang dapat menghalangnya kecuali DIA. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaNYA. DIA memberikan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang DIA kehendaki di antara hamba hambaNYA. DIA Maha Pengampun, Maha Penyayang. (Yunus 10 : 107)

moga aku x lupa janji aku pada DIA, mereka dan diri sendiri. terima kasih atas doa kalian.
wit ♥'s, puteri Mama

Friday, January 20, 2012

duhai hati. tolong..

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

saban hari, hati makin kuat memberontak. hingga terkadang, kewarasan akal dan iman di dada seolah olah gagal membendung pemberontakkan di hati. terkadang terasa seperti semangat tempat berpaut selama ini telah patah. =.=

tertanya sendiri;
mana hilang sabar yang selama ini di pupuk
mana pergi keazaman yang selalu dibina dulu
mana hilang semangat yang sering dipikul ke sana ke mari
mana pergi harapan yang setiap hari di baja itu

aduh.
duhai hati tolong lah kembali tenang. tenang. tenang seperti dahulu. tolong.
duhai pemilik roh dan jasad ini, mohon hamba, tenangkan lah hati hambaMU ini. kuatkan hamba agar tak mudah patah semangat agar mampu terus gigih berusaha dengan penuh keazaman.
ameeen

Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai syukur. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus dari mendapat sebarang perkara yang dingininya. (al-Kautsar 108)



alhamdullillah. selamat submit untuk i-rora and myBrain. semoga dipermudahkan DIA.ameen.ameen
wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, January 17, 2012

syukur atas pertemuan aku dan dia

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

sykur tak terhingga kepada pemilik abadi jasad dan roh ini. ALHAMDULLILLAH. syukur. syukur atas pertemuan aku dan dia.

walau x seberapa.
walau tak seperti di impikan.
walau x semegah kepunyaan insan lain.

namun. tetap bersyukur. terima kasih dan alhamdullillah kerana KAU telah hadirkan dia untuk ku.

moga melalui dia, KAU pandu aku ke jalan MU yang benar.
melalui dia, KAU bawa aku semakin dekat aku dengan MU.
melalui dia, aku tak pernah leka mengingati MU.
syukur alhamdullillah
wit ♥'s, puteri Mama

Thursday, January 12, 2012

sangat teringin. mengidam!!

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


 sedang pening kepala meng'explore software baru. lantas berehat seketika dan jumpa ini. sangat teringin. insyaALLAH. permudahkan lah ya ALLAH.

Ya Allah, jika rezekiku di langit turunkanlah ia, jika rezekiku di bumi keluarkan ia, jika di laut maka timbulkan ia, jika sukar maka permudahkanlah, jika sedikit perbanyakkanlah, jika banyak maka berkatilah, jika haram maka sucikanlah, dengan berkat waktu dhuha-Mu, keindahan, kecantikan, kekuatan, kekuasaan dan pemeliharaan-Mu. Kurniakanlah daku apa yang Engkau anugerahkan kepada hamba-Mu yang salih dan beriman
ameeeen.



terima kasih 'sharer'
wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, January 10, 2012

syukur.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

alhamdullillah. syukur.
walau pun belum pasti. tapi syukur tak terhingga.
ya.
itu aja untuk kali ini.

alhamdullillah


Engkau tidak akan memperolehi apa yang engkau inginkan kecuali meninggalkan semua yang engkau inginkan. Engkau tidak akan mencapai cita cita mu kecuali dengan bersabar menanggung apa yang tidak engkau sukai. (Ali bin abi Thalib)
wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, January 8, 2012

masa. waktu dan sabar

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

terasa masa sangat pantas berlalu. cuti hujung minggu yang hanya 1 hari setengah terasa sangat sekejap. esok bermula satu lagi episod baru perjalanan hidup. harap nya minggu ini lebih better dari minggu minggu sebelum ini. sedang masa terus berlalu. diri ini terus dan terus menyimpan pelbagai angan atau lebih tepat perancangan untuk hari hari mendatang. sehingga kadang terasa terlalu 'tamak' dan 'semak'. tamak dan semak dengan perancangan sendiri. dan segala janji manis yang ditaburkan untuk diri sendiri. yang entah bila pun tak pasti akan menjadi nyata. namun, teringat kalam DIA yang ada menyebut

'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (diperbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada ALLAH agar kamu beruntung.' (Ali Imran 3:200)
'Sesungguhnya barangsiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.' (Yusof 12:90)

semoga akan tiba waktu di mana segala janji manis yang ditabur untuk diri sendiri tertunai. ameen
salam hari lahir buat mama tersayang ♥
wit ♥'s, puteri Mama

Selamat Ulang Tahun Sayang.. 🌷

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Kehadapan diriku yang kecil, 🤍 Kamu yang selalu penuh dengan rasa ingin tahu, Kamu ...