Thursday, August 30, 2012

salam kemerdekaan

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

jangan pernah alpa & leka dengan segala apa yang dipinjamkan dari DIA. manfaatkan sebaik mungkin..
selagi ada ANGIN dibekalkan,
selagi KERTAS tidak terkoyak,

selagi RANGKA masih teguh,
sebelum,
kita TIDAK BERHAK untuk terus TERBANG,
kita dijemput PULANG...

wit ♥'s, puteri Mama

Saturday, August 18, 2012

syawal 1433 Hijrah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


semoga Ramadhan yang berlalu DIA kurniakan kita keredhaan dan rahmat sebagai bekalan untuk bulan2 mendatang sebelum Ramadhan seterus nya, jika DIA masih izinkan bertemu Ramadhan Nya..
&
semoga Syawal yang menjelma ini akan menjernihkan segala yang keruh..

wit ♥'s, puteri Mama

Thursday, August 16, 2012

ramadhan 27; untuk awak

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Acap kali, bila datang masalah, saya emosional..
saya seringkali lupa, yang punya masalah itu bukan hanya saya seorang,
saya seringkali lupa, yang masalah itulah yang akan menguatkan saya,
saya seringkali lupa, yang kekuatan itulah yang ulang kali saya pinta dalam setiap sujud…

Mata bening dia yang membantu membangkit kekuatan diri,
Senyum tenang dia yang membantu menghapus gundah di hati,
Bait kata ikhlas dia yang membantu membina semangat diri,
Senda gurau dia yang membantu mewarna kembali hari hari saya…

Namun,
Siapa sangka, dia pernah harungi suatu situasi yang saya sendiri tak pernah terduga,
Situasi situasi yang menguatkan dia menjadi dia yang saya kenal hari ini,
Situasi situasi yang mematangkan dia seperti yang saya lihat dia hari ini…

Mata bening itu sebenarnya pernah berjuang dalam gelombang air mata,
Senyum tenang itu sebenarnya pernah digoncang gelodak rasa,
Bait kata ikhlas itu sebenarnya hadir dari motivasi motivasi untuk diri sendiri,
Senda gurau itu sebenarnya turut membalut luka di hati,

Alhamdullillah… penuh syukur dia akui redha dengan semua nya…
Dan, insyaAllah,
Semua ini akan saya jadi iktibar, kekuatan dan semangat,
Untuk saya redha menerima segala dari DIA,
Untuk saya lebih matang mengawal emosi saya,
juga
Untuk saya sebar kan pada mereka mereka,
Untuk saya terus menguatkan mereka mereka, mereka mereka yang saya sayang…


Awak itu adalah awak. Yaa, awak lah. Terima kasih yaa. Yaa, saya tahu saya tak pernah tunjuk saya hargai awak kan. Tapi kali ni, ini untuk awak, saya hargai awak, cuma saya kurang pandai dalam meng’expose’ penghargaan saya untuk awak. Ikhlas dari saya…

wit ♥'s, puteri Mama

Wednesday, August 8, 2012

ramadhan 19

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

wit ♥'s, puteri Mama

Monday, August 6, 2012

ramadhan 17; Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Al-Quran diturunkan pada 17 Ramadhan, 6 Ogos 610 Masihi,
dan hari ni, 17 Ramadhan, 6 Ogos 2012 Masihi.
Subhanallah.. kebetulan kan.. (:

surah Al-Qadr 97 : 1-5
wit ♥'s, puteri Mama

Friday, August 3, 2012

ramadhan 14; getar rasa

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

senggang waktu rehat tadi, ke terminal bas sungai nibong. hantarkan senior pulang ke kampung halaman. bermakna terpaksa menghampiri dan melalui tempat kejadian 1 Julai; sebulan yang lalu. belum sempat sampai, badan dah vibrate habis, paling ketara tangan & kaki. tempat paksi utama.
kata si senior; lawan efi! sampai bila nak takut dengan hari semalam.. ia pengajaran, bukan untuk ditakuti.
terima kasih senior!! semoga selamat diperjalanan mu..

sudah sebulan berlalu rupanya. alhamdullillah berjaya tempuhi walau dengan penuh emosi.
terima kasih si putih; untuk semua pelajaran pelajaran ini walau pertemuan kita belum sampai setahun jagung. terima kasih. semoga jodoh kita kekal panjang..




wit ♥'s, puteri Mama

Selamat Ulang Tahun Sayang.. 🌷

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Kehadapan diriku yang kecil, 🤍 Kamu yang selalu penuh dengan rasa ingin tahu, Kamu ...