Tuesday, November 29, 2011

colours of life

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

alhamdullillah.
permulaan tahun baru hijrah yang banyak membuat diri ini berganjak dari paksi asal. berganjak dari paksi lama.
juga berakhir nya sebuah lagi dilema antara kehendak hati dan kehendak orang tua. ternyata DIA lebih memihak kepada kehendak orang tua kerana DIA telah permudahkan jalan ke arah itu. redha. mungkin telah tiba masa nya giliran diri ini membahagiakan mereka. redha.
syukur atas segala kurniaan MU. rezeki juga ujian ini banyak mendidik diri ini menjadi lebih matang dalam mencongak pilihan pilihan yang ada. kuatkan diri ini yang sedikit lemah untuk terus kekal di sini. untuk terus menimba pengalaman di sini.
harap nya masih ada sedikit peluang walau di hujung waktu untuk diri ini memenuhi kehendak sendiri. suatu masa nanti.
ameeen


a new day come, a new spirit alive

ya ALLAH, please help me colours my life with Your colour

wit ♥'s, puteri Mama

Saturday, November 26, 2011

salam maal hijrah 1433 H

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hari beredar, minggu berganti, insyaAllah, di akhir asar ini, 1432 H bakal digantikan dengan 1433 H. betapa sekejapnya masa berlalu.

Demi masa. Sungguh manusia berada dalam kerugian. Kecuali org yg beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran. (al-Asr 103:1-3)

Alhamdullillah. Syukur dan segala puji bagi DIA. Berakhir nya 1432 H ini dengan seribu macam pengajaran dan iktibar yang boleh di ambil. Di sebalik pilihan pilihan yang terpaksa di buat, ternyata ada something yang DIA nak tunjukkan. Dan. Alhamdullillah. Segala macam pilihan yang DIA beri, DIA turut susuri dengan sedikit petunjuk yang amat membantu diri ini membuat pilihan. Terima kasih. Harap nya kehadiran 1433 H akan datang lebih mendekatkan diri ini dengan DIA yang byk membantu selama ini dalam mematangkan diri ini. 

Alhamdullillah. Salam Maal Hijrah 1433.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Baqarah 2:218)


wit ♥'s, puteri Mama

Wednesday, November 23, 2011

apa yang ada sekarang. cukup damai

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

alhamdullillah.
selamat pergi dan kembali dari tanah kelahiran -Terengganu. mohon sedikit al Fatihah untuk arwah bapa saudara yang baru meninggal pagi kelmarin. turut terasa kehilangan beliau yang galak mengusik dan sentiasa menjadi sang penceria suasana dengan kata kata semangat dan nasihat yang tak pernah lekang dari bibir.

namun, dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali. redha serta doa. semoga Syurgalah tempat beliau.

hujan mengiringi sepanjang perjalanan. namun hujan itu rahmat yang punyai keberkatan dan rezeki tersendiri.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al-Baqarah 2:186)

pics dari langit ilahi
 wit ♥'s, puteri Mama

Thursday, November 17, 2011

jika namamu

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


dengan namaMU yang Maha Pemurah lagi Maha pengasihani

Jika namamu yang tertulis di Lauhul Mahfudz untuk diriku.
Nescaya rasa cinta itu akan ALLAH tanamkan dalam diri kita.
Tugasku bukan mencari dirimu, tetapi mensolehahkan diriku.
Wahai seseorang yang telah tertulis di Lauhul Mahfudz, bakal imamku, bakal ayah kepada zuriatku dan engkau yang bakal menakhodakan perjalanan bahtera kita nanti, aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu, memantapkan dirimu untuk menjadi imam bagi aku dan zuriat kita kelak..


wit ♥'s, puteri Mama

Saturday, November 12, 2011

syukur dalam dilema

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
semalam. lewat 2230 sampai umah. nampak envelope ngan logo USM atas meja depan. hati dah x keruan.

kenapa mesti x keruan?
bukan kah itu yang di tunggu siang dan malam?
kenapa sekarang?

abaikan words Puan di situ. typo ;)
puteri mama, tak igt kah kamu dalam surah Al Ikhlas ayat 1 ada menyebut "katakanlah wahai Muhammad): “Dialah Allah Yang Maha Esa"
Allah itu Maha sempurna. maka DIA mengetahui segala nya.

Maryam menjawab: Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya tanpa perhitungan (Ali-Imran 3:37)



wit ♥'s, puteri Mama

Friday, November 11, 2011

1001 rezeki

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


segala puji bagi MU ya Allah.
pemilik jasad dan roh yg dipinjam sekarang.
syukur tak terhingga atas nikmat rezeki Mu buat ku hamba Mu yang serba kekurangan ini.
moga rezeki ini tidak membuat aku jadi riak, takbur dan melupakan Mu.
moga rezeki ini mendekatkan lagi aku hamba Mu yg lemah ini kepada Mu.
bimbing lah aku dalam memilih rezeki Mu.
bantulah aku dalam mencari rezeki Mu.
aku sekadar berusaha termampu aku mencari rezeki Mu.
segala nya ku serahkan kepada Mu yang Maha Agung dan Mengetahui segalanya.
semoga rezeki yang terbaik untuk aku.
semoga rezeki yang memberi kebaikan kepada aku dan keluarga ku di dunia dan akhirat.
segala puji bagi Mu.
Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi mu. Allah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya (al-Baqarah 2:216)

wit ♥'s, puteri Mama

Wednesday, November 9, 2011

bertatih dengan yakin

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


t e r i m a k a s i h
terima kasih a w a k
terima kasih sudi pinjamkan saya sedikit k e y a k i n a n awak
terima kasih y a k i n kan saya untuk terus ber t a t i h

"bertatih melangkah, biar seribu batu jangan pernah berhenti"

insyaALLAH.dengan k e y a k i n a n yang awak pinjamkan ni
saya akan terus ber t a t i h dengan y a k i n
terima kasih a w a k
t e r i m a k a s i h

wit ♥'s, puteri Mama

Saturday, November 5, 2011

salam AidilADHA

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


salam aidlADHA 1432 H yang bakal menjelma tak lama lagik.
sama sama kita hayati erti aidilADHA kali ini



thanx cikgu jijiyu untuk perkongsian ini
wit ♥'s, puteri Mama

Friday, November 4, 2011

wahai orang muda

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Ibrahim berkata: ' Tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang orang yang sesat ' (Al-Hijr 15:56)

'DIA memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hati. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada ALLAH, maka ALLAH cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya ALLAH tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNYA. ALLAH telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu' (Ath-Thalaq 65:3)


buat org muda yang baru sahaja muda tetapi rasa macam dah tua : bersemangatlah! jika sekalipun kamu dah tua, x salah rasa nya bersemangat muda kan.

wit ♥'s, puteri Mama

Selamat Ulang Tahun Sayang.. 🌷

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Kehadapan diriku yang kecil, 🤍 Kamu yang selalu penuh dengan rasa ingin tahu, Kamu ...