Showing posts with label repekan kerepek. Show all posts
Showing posts with label repekan kerepek. Show all posts

Friday, May 18, 2012

healing

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



close your eyes -.-
clear your heart ♥
pray
and
just l e t   i   t   g    o

berhenti puaskan satu dunia
(:

 
wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, May 15, 2012

never

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
at least we are back to our origin; friend, kan.
we are still gosip gosip, laughing, sharing stories; bad & happy..
thanks for the past. i have learned a lots. thanks dear friend. (:


when you lost something you hold on too strong, you'll learn to let it go, & become a stronger person.
wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, April 22, 2012

part 1 - friends

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

cik comey eqa ajak men balas2 doodle lak. so. jom sahut cabaran!!




wit ♥'s, puteri Mama

Saturday, April 21, 2012

hasil usaha sendiri

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




gigih lukis sendiri dengan bantuan dari tutorial cik dini.
terima kasih.
sekarang puteri mama lebih cantik kan. kan. oke perasan. sori.
ape pon sgt puas hati. sebab berjaya buat sendiri..

wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, April 1, 2012

nasib si anak

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

wit ♥'s, puteri Mama

Monday, February 27, 2012

tak jadi sebab tak fokus

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

"Apabila Allah menghendaki kebaikan pada diri seorang hamba, nescaya Dia menjadikan hamba tersebut melihat kekurangan yang terdapat pada dirinya"

umm sedikit kecewa dengan diri sendiri. belajar, tapi tak fokus. owh, dari mana kamu dapat petua sebegitu yek..

kerja di lab tak jadi sebab tak fokus
jawab ujian kelas tadi pon tak berapa menjadi sebab tak fokus dan lebih haru, masuk parking tak jadi. sebab
ade sorang hamba ALLAH ni yang tetiba mencelah dan dengan selambanya rembat my space. saya tau saya beginner lagi. tapi toksah la buat saya macam ni. ini selingan, sebab terkejut.

"in research sometimes u get good results, sometimes not" thanks docs for being so supportive and understanding.



wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, February 21, 2012

dia mesti "Tahu Mahu Mampu"

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

alhamdullillah. semakin bersemangat ber'labbing' walau kadang kadang balik bilik semata mata untuk tidur je. insya Allah letih ini berbaloi. lebih berbaloi bila pembelajaran pertama tadi berjaya. alhamdullillah. segala letih itu terus hilang. alhamdullillah.

now, time to revise it back and note all the steps properly. dan juga try to understand all the calculation. adoi. blur sungguh bab calculation ni. nasib baikla dapat sifu yang sangat sabar meng'explain'kan semua nyer. nasib sifu laa dapat anak murid yg blur macam saya ni. kan. terima kasih sifu.. :)

dan
there is 1 qstn yang berbentuk pernyataan yang sangat membelenggu fikiran ini. terus terngiang ngiang. hummm..


ini tapau dari bukit bendera hujung minggu yang lalu. harapnya belum basi untuk dinikmati
 
"Yang beragama itu bukan sekadar TAHU agama, tetapi yang penting MAHU, yang terbukti pada perbuatan hariannya, dan sentiasa berusaha menuju MAMPU"
-harap ini jawapan yg sifu mahu. :) 

terima kasih sharer
wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, October 30, 2011

jangan menangis penyu

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

my ♥ GANU x berjaya jadik juara piala m'sia. so sad. :'( .kalah plak sbb mcm x leh diterima jek. sabo laa sang penyu ea. jgn menangis yek. kiter cuba lagi next year oke.



thanx ashaari for the score.
utk apam, jangan emo emo dan sedih sedih oke. dah adat game, ade menang ada kalah. sabar yek apam. hbiskan kepsi tu. jgn sampai x lalu makan plak. sedih tgk awak sedih   =.=' 

wit ♥'s, puteri Mama

Monday, October 24, 2011

GANU juara piala malaysia 2011

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

wah. confident jek tajuk entry. hekhek. insyaALLAH. x mustahil kan. GANU dah menang piala FA jun aritu. hadiah hari lahir yg bermakna buat saya. ;) .insyaALLAH x mustahil kan untuk menang satu lagik piala utk tahun nie. sempena tahun akhir Yang DiPertuan Agung kite yang hemsem yang juga org GANU kite -Sultan Mizan. 



tetiber teringat memori tgk bola kat hostel dulu.  dulu msa tahun 2001. time tu tgk TRG vs PERAK kat blik study hostel. kecoh bilik study kami jerit. warden & mak guard pon da surrender nak larang. hahaha. sama kuat oktaf jeritan ngan blik study boys. hehe. rindu sgt time sekolah dlu. rindu nyer kenangan di TERENGGANU.


dan insyaALLAH. harap nya TERENGGANU dpt balik piala malaysia lepas 10 tahun bertarung di padang. :) . apa pon, go ganu go!! semangat saya nak tgok team ganu maen. tambah tambah lagik sume hemsem hemsem. hik. gatai!

gambar dicurik dari facebook fan trg. TQ awak awak
saya jatuh cinta lagiks! ahaks >.< .tapi cinta saya pada ABDUL HADI YAHYA tak direstui apam saya. then saya jatuh cinta pulaks pada yg disebelah beliau. beliau juga hebat. skor gol sokmo :) 
wit ♥'s, puteri Mama

Monday, October 10, 2011

lelaki juga frust menonggeng akibat ♥

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

rini tetibe jek rasa nak cite pasal 'lelaki-jugak-frust-menonggeng-kalo-putus-cinta'. haha. tak pasal kan. ni bukan kes terpengaruh ngan cite "Hantu Bonceng" si mat jijan tu. tapi. sindrom-terkejut-amat lepas dengar luahan hati sorang teman. saya juga sangat tak sangka beliau pernah mengalami keadaan-yang-amat-tak-terjangka lepas clash ngan ex-awek beliau.


gambar curik untuk hiasan. mekaseh akak :)

sepanjang kenal baliau. tak kering gusi kalo duk bersembang. beliau sangat kelakar. tapi. kalo tiba part bermuzakarah. tak sah kalo beliau tak mengeluarkan barang sepotong atau beberapa potong hadis or ayat ayat QURAN. kadang kadang rasa kagum ngan ke-s-e-m-p-u-r-n-a-a-n beliau. tapi sekadar memuji oke.

akibat terlalu sayang kan awek beliau tu, beliau pernah membeli-kan si awek cincin emas. katenyer 'sebab awek wa kate dier x penah pakai emas, so, tak nak hampa kan awek, wa gigih laa kumpul duit semata mata nak belikan awek wa cincin emas'. owh. so sweet kan. 'wa jgak penah tak balik kg time raya, sebab nak beraya ngan awek wa'. sekali lagik touching. 'wa penah angkat tong gas time wa tengah demam, dari kdai ke moto wa, then ke rumah awek wa. wa memang sayang dier mati mati. wa da anggap diri wa ni ketua family dia'. memandangkan awek beliau sudah kehilangan tunggak keluarga-ayah. 'wa jgak gigih ke hulu hilir bawak dia cari kerja tetap kat pekan. wa gigih turun naek opis krajaan semata-mata nak tunaikan impian dia nak kerja krajaan'. dah macam over la plak beliau ni. 'wa mmg sayang dier sgt2 la. time tu wa x pandang dah pompuan laen. wa nampak dia jek pompuan kat dunia ni. lepak2 ngan member pon wa da kurang dah. wa buang member wa demi dia. sampai member wa pon ade ckp wa over. tapi wa tak kesah'. oke beliau sangat sangat over kan. 'alhamdullillah, 4 tahun wa ngan dia'. clap clap. :)

'2008 tahun mencabar bagi wa'. saya start speechless. 'pas frust menonggeng ditinggal awek, wa sanggup telan 6 papan panadol. then, wa terbongkang, wa buat mak ayah wa menangis tak henti-henti'. speechless. 'tapi, wa tak kesah, yang wa kesah, awek yang wa tatang bagai menatang minyak yang penuh, awek yang wa duk puja siang malam, awek yang wa duk junjung junjung da pergi tinggalkan wa'. tiada kata. 'mak ayah along angah adik adik wa pujuk, wa wat tak tau ja, wa bawak keta along wa, wa bawak laju laju wa nampak nak mati jek time tu, wa rasa wa tak leh idup kalo awek wa yang wa duk puja siang malam tu tak de'. kaku. diam. just telinga yang berfungsi. 'wa nak kelar tangan sendiri, sampai mak wa meraung raung, ayah along wa da lempang2 wa. wa mcm org tak sedar'. huh.kuat jugak pengaruh dat girl kan. 'alhamdullillah mak ayah bawak wa jumpa pak ustaz. alhamdullillah wa da oke sket'. fuhh. alhamdullillah. 'satu hari wa set hari, wa mintak balik cincin emas wa. wa tak kesah. yg lain dia bleh amek, tapi cincin emas wa yang wa beli ngan kerja keras wa, wa mmg nak balik'. menangis dalam hati. 'then kami jumpa. wa bawak sume brg dia bagi wa. wa nak bagi balik barang dia, wa nak balik cincin emas wa. wa bagi barang dia elok jek wa letak lam kotak. wa letak tepi pintu keta dia. tapi dia campak jek cincin emas wa. cincin emas yang wa beli sendiri ngan titik peluh wa semata mata untuk dia. dia campak cincin wa. wa panas. wa memang sangat panas. wa cekik kolar baju dia, wa angkat tangan wa. wa da aim tempat nak landing penumbuk wa nieh. tetiba azan. wa tumbuk cermin keta dia'. ya ALLAH. saya rasa sangat sakit masa tu dengar dia citer. rasa nak nages jek. dalam hati saya mmg da nanges. saya tak sangka. beliau pernah alami keadaan yang mcm tu. sungguh saya tak pernah sangka. 'alhamdullillah, skrg zaman jahiliah wa da tamat. wa da jumpa pemilik sebenar hati wa. skrg wa just nak qada balik segala kasih DIA kat wa yang slama ni wa tak hiraukan. wa yakin DIA ada jalan sendiri nak tentu kan jodoh wa. wa redha. tapi sebelum wa terima jodoh wa. wa nak dia tau siapa wa dulu. bukan stakat knal wa skrg'. maka.benarlah janji DIA. setiap yang terjadi ada hikmah. kalo bukan semua ni berlaku mungkin kah beliau yang saya kenal akan se-s-e-m-p-u-r-n-a ini??

today, genap 2 hari beliau tak contact saya. kenapa? mengapa? saya mintak maaf jika saya yang salah sebab mengingatkan awak kembali saat saat getir awak. dan jika awak rasa awak da termalu sbb confession tu, saya tak rasa awak patut rasa sedemikian. awak juga manusia biasa yang juga punya air mata walaupun awak lelaki. moral of the story?? masing masing punya tanggapan sendiri. bagi saya...
 
"sayang boleh, tapi jangan berlebih. sebab hanya DIA yang boleh kita harapkan sepenuhnya"
wit ♥'s, puteri Mama

Monday, September 19, 2011

excited.TAPI.nervous

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

tgah2 duk cuak layan perasaan yang x sabar and nerves.syok jgak layan bruno mars ni sat.uishh.sangat teruja menunggu ketibaan hari itu.tapi.sangat laa cuak.hope sume nyer berjalan lancar.ameenn.



wit ♥'s, puteri Mama

Thursday, September 8, 2011

demand pulak dier.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

penah x dibuat org,kerja 1 hari jek?? ada sesape pnah buat?? yaa.saya buat.mula2 teruja kot nak kerja.org x pnh keje kan.then.da dpt.lengkap berseluar slack hitam.tudung hitam.kasut hitam and t-shirt putih.ale ale.huh.mengecewakan.xsyok lasom.so.decide dah dlm hati siap siap "hari ni aku just nak beramal jek.petang t nak slow talk ngan supervisor xmo keje dh". :) .suka suka ati je kan.tapi.yaa.alhamdullillah.harini saya kembali menganggur.mmg x tau di untungkan.org trima kerja pon naseb.pastu se suke jek resign. :) .mama kate saya ni x leh keje ngan org..um.then?? adakah bermakna saya kne ber'biznez' plak?? minat jgak..tapi mudal nyer mana mau cekau meyh.. :) .pape pon just waiting for my rezeki.

wit ♥'s, puteri Mama

Wednesday, September 7, 2011

jgn tengok cover je yek.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

life is unexpected.org yg baek kat luar.manis bicara didepan belum tentu punya niat yang baek.so.betol la.don't judge a book by its cover oke. :) .


matahari pagi yg sangat indah (gambar sekadar hiasan)
  

wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, September 4, 2011

indahnya raya

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

alhamdullillah.da selamat pulang ke rumah kembali.so happening raya dis year.to much things happen.suka dan duka sumer ade.yang paling bes.siDia yang da lame dirindui kembali berhubung n seakan akan mau dekat kembali. :) .dan.yang x bes.kekecewaan sbb x dek rezeki di sony. :'( .juga suda slmt wat mkn2 raya kat umah sket.ade tetamu yang so special turut dtg memeriahkan majlis.thanx bebyk kak siti sudi dtg.lame x jumpa akak.terubat rindu ni.




keindahan pantai di TERENGGANU

wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, July 26, 2011

menanti kehadiran mu..RAMADHAN

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


jap je masa berlalu.ale ale da nak masuk RAMADHAN.teruja betol nak smbut RAMADHAN n puasa penuh kat rumah.alhamdullillah.skolah dulu duk asrama.pastu merantau plak ke utara.5 tahun di utara.x penah puasa penuh kat umah.alhamdullillah.tahun ni puasa penuh di rumah.insyaALLAH.



..SELAMAT DATANG YA RAMADHAN..
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

wit ♥'s, puteri Mama

Friday, July 1, 2011

SUTERA terengganu :)

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


again.kek dan donut lagik kan.hee.puteri mama ni kan suka makan.dan.suka memporak peranda kan dapur mama.sori mama.rasa macam nak bukak bakery laks. :) .masak x berape.tapi da berangan nak bukak bakery.x salah kot kalo berangan kan.insyaAllah. :) .oke.spesel thanks to kak shamam.sume resepi godek kat situ. :)


oke next.nak jual kain lak.tolong adik je ni.kain kain ni sutera asli dari terengganu.harga bleh runding lagik.x mahal sangat.standed harga sutera la. RM 290 jek .insyaAllah bleh runding lagik. :) .minat leh leave msg kat post ni or kat shout box.or email me kat efi_shaheera@yahoo.com.or.contact tuan dier terus 0122997359 (MR Bad).nak tgok kain dulu pon bleh.
wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, June 28, 2011

aku lah penganggur :)

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


inilah realiti kehidupan sebagai seorg penganggur.or.juga di umpamakan sebagai penanam anggur.selain daripada mencari ruang ruang kerja yang terbuka.juga turut memporak peranda kan dapur mama. :) .membaca novel.dan.memenuhi undangan 'sesape yang mengundang saya untuk keluar bermain'. :) .buhsan maaa.

wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, June 12, 2011

tahniah GANU!!!!

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

tahniah buat team TERENGGANU yang kucintai, rindui, dan sayangi. tahniah atas kemenangan dengan kelantan untuk piala FA. waa. sangat suka. hadiah hari lahir yang amat bermakna. malam tu tgk bola. sambil tunggu wish dari apam yang lasom tak dengar cerita dari pagi. saya tau dia sebok ngan preparation dier nak p stadium tgk bola. tapi tega nya beliau melupakan hari lahir adik sendiri. dan lepas jek tamat game tu, dan terengganu menang. maka kami dinner or dinner larut malam di luar. hekhekhek. suke. double celebrate. :)

apam & kak lynda

wit ♥'s, puteri Mama

Selamat Ulang Tahun Sayang.. 🌷

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Kehadapan diriku yang kecil, 🤍 Kamu yang selalu penuh dengan rasa ingin tahu, Kamu ...