Tuesday, February 12, 2013

barakallah sahabat; Nur Qalbi

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdullillah..
telah selamat seorang sahabat juga teman aku bergelar isteri..
barakallah sahabat, barakallah Nur Qalbi..

dulu; kau imam & aku makmum..
kini; kau punya imam mu sendiri, giliran kau pula menjadi makmum..
dulu; kau sering mengingatkan aku tetang DIA..
kini; kau pula yang akan di ingatkan sidia imam mu, kan Nur..
dulu; saling meluah rasa perihal lab work, saling mencari kekuatan..
kini; kau punya kekuatan sidia untuk menguatkan mu menghadapi segala kerenah lab work mu..

Nur, barakallah..
maaf x berkesempatan ke walimah mu kerana komitmen pada tugasku..
Nur, sungguh aku rindu kamu & segala kenangan kita di sana..
Nur, sungguh aku terkilan mungkir janji pada kamu..

Kau banyak bantu aku untuk lebih dekat dengan DIA,Kau ajar aku bagaimana bergantung pada DIA,Kau kuatkan aku untuk redha apa jua pemberian DIA..
Nur, jazakallah..
dan Barakallah..

wit ♥'s, puteri Mama

Saturday, January 19, 2013

selamat ulangtahun

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SELAMAT ULANGTAHUN sayang..
alhamdullillah, terlalu pantas masa beredar,
sudah genap setahun DIA pinjamkan kamu untuk permudahkan urusan ku..
bersama kamu, aku belajar banyak perkara..
bersama kamu, aku celik akan hikmah DIA..
moga kita terus bersama keberkatan DIA..


syukur juga dengan izin DIA berjaya jugak dpt ncd 25% di saat2 akhir..
& tak lupa terima kasih untuk dia yang bertungkus lumus fighting untuk dptkan 25% tuu..

thanks..



wit ♥'s, puteri Mama

Monday, January 7, 2013

penat yang sia sia

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

kepenatan.
lelah.
terlalu fanatik mengejar yg fana & penuh tipu daya ini.
aku lah itu insan lemah yang sekadar tahu berjanji pada DIA konon mahu cantik.
aku la itu insan yang terlalu cepat merasa kecewa,
merasa kalah pada suatu yang di nama kan qada & qadar.
aku lah itu yang sering & x pernah jemu merayu 'fancy-things' dari DIA,
aku lah itu yang sering tidak merasa cukup dengan segala kurnia DIA..
maaf.
wahai aku,
tolong. tolong belajar tunai-kota-kan apa segala yang kamu janji,
tolong belajar cukup dengan apa segala kurnia DIA,
maaf
maaf
aku enggan jadi yang berlari kepenatan, tapi hasil nya kosong-sifar dimata DIA
nekad! untuk belajar lebih dekat dengan KAMU..
insyaAllah. ameeen




wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, January 1, 2013

just ask to be near YOU

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


saat ini,
detik ini,
aku sudah terlalu cukup.
sudah terlalu cukup.
sudah aman dgn apa yang ada.
dan
semua rasa itu datang lagi.
entah.
mungkin telah terlalu hanyut dengan dunia ini.
mungkin diri ini terlalu yakin menapak mengejar dunia.

mungkin kerana itu normal untuk setiap bulan bagi seorang hawa.
tapi.
semua rasa ini yang paling sukar untuk aku atasi.
semua rasa ini yang paling aku kurang gemar.
astaghfirullah..
semoga aku tidak akan pernah malu mengaku salah
& kemudian membetulkan salah..
moga..
kini, cuma yang aku mahu,
terus dekat dengan KAMU..


"dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu"

(Asy-Syuura 42:30)

maafkan aku
wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, December 25, 2012

الحمد لله‎

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Fa biayyi alaa’i Rabbi kuma tukadzdzi ban
Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan...


“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [An-Nahl: 18]

الحمد لله‎    الحمد لله‎    الحمد لله‎


wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, December 16, 2012

insyaAllah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



yang mudah selalu di susahkan menjadi terlalu sukar..
hakikat asal sangat mudah untuk dilaksanakan..
-.-
moga diberkati.. ameen.
insyaAllah



wit ♥'s, puteri Mama

Wednesday, December 5, 2012

beruntunglah...

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

beruntunglah seorang Hawa,
jika dinikahi kerana ingin mendidik & membimbing ke jalan yang diredhai Allah..

bukan menikahi kerana ingin menakluki, kerana dia sedar bahawa bukan dia yang memiliki, tapi hanya meminjam pinjaman Ilahi.bukan menikahi kerana ingin menguasai, kerana dia sedar, dia memikul tanggungjawab besar sebagai seorang suami.
dinikahi kamu bukan semata-mata berbekal cinta,
bahkan bermatlamat untuk memperbaiki agama.
beruntunglah kamu,
wahai Hawa yang dimuliakan.
.

Aku Islam
wit ♥'s, puteri Mama

Selamat Ulang Tahun Sayang.. 🌷

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Kehadapan diriku yang kecil, 🤍 Kamu yang selalu penuh dengan rasa ingin tahu, Kamu ...