Thursday, June 11, 2026

Selamat Ulang Tahun Sayang.. 🌷

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kehadapan diriku yang kecil, 🤍
Kamu yang selalu penuh dengan rasa ingin tahu,
Kamu yang suka memerhati,
Kamu yang suka bertanya,
Dan yang selalu percaya bahawa masa depan akan menjadi sesuatu yang indah.
 
Ya, sayang.. 🤍
Masa depan itu memang indah,
Cuma jalannya tidak selalu seperti yang kita bayangkan,
Ada beberapa simpang yang tak pernah ada dalam pelan asal kita,
Ada beberapa kehilangan yang mengajar kita tentang redha & syukur,
Dan ada beberapa doa yang Allah jawab dengan cara yang sangat berbeza daripada apa yang kita minta.
 
Kamu telah membesar menjadi seorang wanita yang kuat,
Bukan kerana kamu tidak pernah menangis,
Tetapi kerana setiap kali hidup menguji, kamu tetap memilih untuk bangun semula.
 
Kamu belajar bahawa kebahagiaan tidak semestinya datang dalam bentuk yang sama bagi setiap orang,
Kadang-kadang ia hadir dalam bentuk tawa anak-anak,
Kadang-kadang dalam secawan kopi yang diminum dengan tenang,
Kadang-kadang dalam sebuah buku yang dibaca setiap bait perkataannya,
Kadang-kadang dalam doa yang terasa sangat dekat dengan langit.
 
Dan kamu tahu?
Pada saat ramai orang sedang selesa dengan kehidupan mereka,
Kamu masih memilih untuk menelaah helaian mukasurat itu,
Kamu masih memilih untuk bertanya,
Kamu masih memilih untuk mencabar diri sendiri,
Kerana jauh di sudut hati,
Kamu tidak pernah berhenti menjadi budak kecil yang ingin tahu itu.
 
Tentang impian kamu pula,
Ada yang sudah menjadi kenyataan, Alhamdullillah.
Ada yang masih dalam lakaran,
Ada yang masih tersimpan kemas dalam buku nota,
Tetapi kamu masih berjalan ke arahnya,
Perlahan-lahan,
Satu langkah pada satu masa.
 
Ada hari kamu akan rasa penat,
Sangat penat.
Sehingga kamu tertanya-tanya sama ada kamu mampu meneruskan perjalanan.
Tetapi percayalah,
Allah akan sentiasa menghantar sebab untuk kamu terus melangkah,
Kadang-kadang sebab itu datang dalam bentuk manusia,
Kadang-kadang dalam bentuk peluang,
Kadang-kadang dalam bentuk anak kecil yang memanggil kamu.
 
Jadi, diriku yang kecil dulu,,
Jangan terlalu risau tentang masa depan,
Kamu tidak akan memiliki semuanya,
Tetapi kamu akan memiliki apa yang benar-benar penting.
Dan suatu hari nanti,
Kamu akan melihat ke belakang dan tersenyum.
Kerana setiap luka, setiap air mata, setiap kesabaran,
rupa-rupanya sedang membentuk wanita yang kamu jadi hari ini.
 
Terima kasih kerana tidak pernah berhenti berharap.
Walaupun hidup tidak selalu mudah.
Walaupun jalan kita tidak selalu lurus.
Walaupun ada masa kita terpaksa berjalan seorang diri.
 
Selamat hari lahir, awak. 🤍
Kita masih belum sampai ke destinasi terakhir.
Tetapi setakat ini, Perjalanan kita cantik juga, kan? 🌷
 
"Hidup tidak berlaku seperti yang kita rancang ketika kecil. Tetapi Alhamdulillah, ia berlaku seperti yang Allah aturkan." 🤍

wit ♥'s, puteri Mama

Thursday, July 18, 2024

Mati Rasa

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

mati rasa,
kebelakangan ini, kerap benar terbaca, terlalu cerita cerita yg boleh trigger trauma,

rasa hilang punca mahu kekal positif,
rasa hilang tenaga mahu terus mara,
rasa hilang diri mahu terus bangkit..

cepat laa masa berlalu,
moga sesi minggu depan lebih memberi sinar..

demi mereka yang masih bertatih menikmati dunia yg penuh onak duri ini..
moga kalian tidak merasa rasa 'mati' ini..
moga yang indah sahaja untuk kalian..


wit ♥'s, puteri Mama

Wednesday, June 12, 2024

Menulis Luahan

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

pesan physiologist ku,
aku harus belajar meluah kan,
luahkan apa yg di dalam,

kataku, aku introvert,

pesan physiologist ku,
tulisan juga cara meluahkan,
maka menulis lah..

lalu aku teringat aku punya naskah ini suatu ketika dulu,
mungkin boleh aku meluahkan di sini.. 

aku yakin di sini tiada yg kenali aku,
di sini tiada yang akan menghakimi aku.

wit ♥'s, puteri Mama

Wednesday, October 4, 2023

Sinar

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semakin mencari kuat,
Semakin lemah terasa..

Semakin mencari sinar keluar,
Semakin kelam dan malap terasa..

Pohon doa aku kuat untuk terus mencari sinar keluar,
Demi amanah yg Dia kurniakan..


wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, August 29, 2023

life will never be easy

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
deep. 


wit ♥'s, puteri Mama

Monday, August 28, 2023

Mencari Tenang

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Recently banyak sangat yang datang..
Terasa seperti di hempap dari kiri dan kanan, atas dan bawah..

Tercari cari;
telinga yang sudi mendengar,
bahu yang sudi menampung lelah rasa di fikiran,
hati yang sudi berkongsi rasa yg terpendam..

Terasa ingin lari sejauh mungkin,
namun, tiada arah yang pasti..

Maka tetap lah aku teguh di sini..
terus berpegang dan berpaut pada DIA..
terus mengutip sisa sisa kekuatan yang di pinjam DIA..
terus bertabah menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan DIA..

Semoga kasih nya DIA sentiasa bersama kami..
Pinjamkan aku sedikit tenang MU..

Mencari Tenang. Jerash; 2023


wit ♥'s, puteri Mama

Monday, August 21, 2023

soalan

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
just a random thought or soalan;
betul ke kalau meninggal dalam bulan Ramadhan, terus masuk syurga?

soalan budak sekolah..
tapi soalan ni sentiasa bermain di dalam fikiran ni..

wit ♥'s, puteri Mama

rindu

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

terasa nak menulis lagi,
tapi seakan kehilangan kata..

walaupun sebenarnya banyak yang terbuku di dalam ni..
sedang mencari tempat untuk meluahkan selain Dia.

 
wit ♥'s, puteri Mama

Sunday, July 19, 2015

Salam Syawal 1436 Hijrah

Sudah hari kedua syawal..
Salam syawal buat semua rakan blogger..

Syawal kali ni meninggal kesan yang mendalam utk aku igt..
Yaa, syawal yg sangat unplanned..
Syawal yang sangat aku xakan lupa kan..

Mohon maaf dari sy mewakili team puterimama..
Semoga syawal yg akan dtg lebih bermakna utk aku..

*maaf tiada gambar kami bertiga 

Monday, July 6, 2015

Salam Ramadhan

Alhamdullillah..
Sudah masuk fasa ke 2 ramadhan..
Sudah hari ke 19 berpuasa..

Tetapi terasa sgt kosong ramadhan kali ini..
Berbanding ramadhan sebelumnya..
Kosong tanpa sebarang pengisian..

Rindu.. Sungguh rindu,
Ketika sama sama ke surau bertarawikh dengan mama..
Kini aku sendirian bersama sikecil..
Yang agar mencabar bg ku..
Namun menjaga dia juga amanah Nya utk ku..

Rindu.. Sungguh rindu,
Ketika sama sama bertadarus dgn teman sekilang..
Ketika sama sama berniat mahu khatam sebelum berakhir nya ramadhan..
Kini aku sendirian bersama sikecil..
Baru masuk juzuk ke 2..
Masih banyak yg perlu di kejar..


Namun alhamdullillah ada sedikit improvement utk ramadhan kali ni..
Walau sedikit, alahamdullillah memuaskan hati aku..
Alhamdullillah tertunai niat aku..
*Bagi seorang yang boleh dikata kan kaki tido, bangkit di seawal 4 pagi & menyediakan juadah sahur.. Adalah satu kejayaan yang besar..

InsyaAllah..
Semoga aku istiqamah walaupun selepas ramadhan nanti..

Allah, 
Perancangan Mu adalah sebaik sebaik perancangan..

Semoga aku redha & tabah dengan segalan Qada & Qadar Mu..

Sent from Yahoo Mail on Android

Wednesday, May 6, 2015

vietnam airlines & ho chi ming city

**throwback our travel ke Vietnam, Ho Chi Ming city on 18-20 April 2015


dengan nama Allah,

bermillion syukur atas rezeki Mu,
dengan rezeki Mu dapat kami se family bermusafir ke Vietnam..
dengan rezeki Mu, kami berpeluang melihat keindahan alam ciptaan Mu di sana,
dengan rezeki Mu, dapat kami merasai bagaimana hidup saudara di sana,
dengan rezeki Mu, dpt kami menyelongkar keindahan sungai Mekong..

syukur x terucap..
syukur alhamdullillah..

namun servis vietnam airlines sangat teruk..
kami sangat kecewa..
dan terasa serik untuk ke sana lagi..
segala information dan maklumat yang di beri tidak jelas..
bukan tidak jelas kerana berbeza bahasa..
tapi kerana mereka seolah olah ingin mempermainkan kami..
mereka seolah olah hanya mahu mengaut untung dengan mudah..
sungguh kecewa..
sewenang wenang nya mengubah maklumat dan memaksa bayaran lain..
sungguh mengecewa kan..

jika ada bertanya pendapat utk tempat bercuti..
vietnam bukan pilihan yang baik..

kesesakan penduduk di ho chi ming city hingga memaksa mereka melakukan segala nya demi sesuap nasi..
ada desakan yang hampir membahaya kan nyawa pelancong..
ada perlakuan yang merompak pelancong dengan menipu membawa ke tempat menarik..

memang x dinafikan,
akibat desakan hidup,
mereka sanggup lakukan apa sahaja demi sesuap nasi..
sehingga mungkin membahaya kan nyawa insan lain..

maka, sekali lagi aku tegas kan,
vietnam bukan lah tempat perlancongan yang terbaik..
dan vietnam airlines bukan satu penerbangan yang selesa..

sekian..
ikhlas dari hati aku yg kecewa..

Sent from Yahoo Mail on Android

 




This email is confidential and intended only for the use of the individual or entity named above and may contain information that is privileged. If you are not the intended recipient, you are notified that any dissemination, distribution or copying of this email is strictly prohibited. If you have received this email in error, please notify us immediately by return email or telephone and destroy the original message. - This mail is sent via Sony Asia Pacific Mail Gateway..

Monday, March 23, 2015

duhai anakanda

anakanda,
hidup ini ibarat pelayaran,
kau nakhoda bahtera mu..

anakanda,
ada ketika bahtera mu dilanda ombak,
jangan pernah kau gentar,
ada ketika bahtera mu tempuhi ketenangan,
jangan pula kau terlalu berpeluk tubuh..

anakanda,
AlQuran dan sunnah jangan kau tinggal dalam pelayaran mu..

doa bonda bahtera mu selamat ke destinasi..

"Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH."

Sent from Yahoo Mail on Android

Monday, March 16, 2015

Amanah Berharga

Syukur, alhamdullillah..

Tak terhingga syukur pada DIA,

Atas semua anugerah pinjaman ini.

 

Alhamdullillah,

Sudah genap 3 bulan anakanda bonda,

Sudah banyak perkembangan nya,

Sudah banyak pe’el dan ragam nya..

 

Masih terasa saat mengendong kamu di dalam rahim,

Masih terasa saat kamu menedang dari dalam,

Masih terasa sakitnya saat mahu keluar kan kamu..

 

Allah, Alhamdullillah..

 

Anakanda,

jadi hamba Dia yang soleh yaa,

jadi hamba yang patuh akan suruhan & larangan Nya ya,

jadi anak yang soleh,

jadi anak yang sihat & cergas,

jadi budak pintar yaa..

 

 

 

Monday, May 5, 2014

sayang, tolong terus kuat..

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

bersiaran dari PBBR, presint 8 Putrajaya,
sendirian ke sana, buat hati & akal terus bercelaru;

risau siapa yang akan solat kan jasad kaku aku nanti?
risau siapa yang akan doakan aku nanti tika sudah di sana?

ALLAH, jika benar ini rezeki kami, maka KAU jaga lah dia,
jika bukan rezeki kami, maka redha kan kami untuk menerima segala Qada MU,

atau apa mungkin KAU rasa aku yg terlalu cuai menjaga anugerah MU ini,
maaf kan aku yang lemah ya ALLAH,

dalam perancangan mencari rezeki di tempat lain,
di tempat yg sedikit flexi untuk title baru ini,
moga DIA mudahkan & berkati.

sayang, tolong terus kuat yaaa.
insyaAllah, DIA akan sentiasa jaga kita.


wit ♥'s, puteri Mama

Friday, April 25, 2014

pelangi selepas hujan

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

hari x selama nya cerah,
laut juga x selamanya tenang, sesekali pasti datang ombak gelora,
begitu juga hidup, x selamanya tersenyum ceria.

DIA amat arif bila saat nya air mata itu perlu,
namun bukan untuk terus & terus meratapi Qada NYA,
indah sungguh segala Qada DIA,
terkadang saat kita terlalu gembira meraikan Qada indah DIA; hingga terlupa sujud syukur pada DIA,
maka DIA beri sedikit teguran; sedikit cuma,
tapi cukup berkesan.

ALLAH, sungguh qada MU & segala perancangan MU terlalu sempurna.
alhamdullillah. alhamdullillah.

wit ♥'s, puteri Mama

Monday, April 7, 2014

Alhamdullillah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

alhamdullillah, itu je..
syukur tak terhingga pada MU ya ALLAH.

wit ♥'s, puteri Mama

Monday, January 27, 2014

just ask to be near YOU

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

alhamdullillah,
hampir genap dua purnama;
 status aku berubah,
 hijrah aku bermula,

dan,
sangat bersyukur atas segala yang Dia pinjamkan ini,
sangat terasa beruntung dengan segala rezeki anugerah Dia,

sekarang,
tiada lain yang aku pinta,
untuk sentiasa selalu dekat dengan Mu,
untuk sentiasa mengingati Mu,
semoga rahmat & redha Mu sentiasa megiringi setiap langkah kami,

ya Rabb,
terima kasih tak terhingga..

wit ♥'s, puteri Mama

Tuesday, November 5, 2013

Salam Tahun Baru Hijrah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam Maal Hijrah..
semoga tahun hijrah kali ni memberi lebih makna buat aku,
semoga tahun hijrah ini akan lebih mendekatkan lagi aku kepada DIA..
insyaAllah,
di akhir tahun masihi nanti aku akan berhijrah,
hijrah yang sangat besar makna bagi aku,
semoga hijrah aku ini dalam redha DIA,
restu kedua mereka; ma aboh sudah aku perolehi,
sedikit gundah & nervous dengan hijrah kali ini
hijrah paling besar mungkin..


share from my fav blog; langit ilahi

wit ♥'s, puteri Mama

Monday, October 14, 2013

jodoh dari DIA

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

alhamdullillah, dah masuk hari ke3 bercuti..
sangat heaven-bahagia :)
cuba sedaya mungkin untuk selesaikan list yang ada..
kerana waktu nya sudah terlalu dekat,
tinggal cuma dua-purnama lagi, insyaAllah..
perasaan??

kadang terasa sangat gundah; air mata laju mengalir,
kadang terasa sangat risau; berbagai bermain di fikiran,

kadang terasa bahagia; senyum-sampai-telinga..
ya Allah, Kau mengetahui atas segala nya,
bantu aku lalui semua ini,
semoga aku kuat untuk redha dengan segala Qada & Qadar MU..

di usia setahun aku-dia,

terlalu banyak yang aku belajar dari dia;
bukan soal hati boy-girl semata mata..
bukan hanya sekadar sayang-manja,

dia ajar aku bagaimana mahu terus senyum saat terus di tekan,
dia ajar aku untuk rasa apa aku-bagi-orang rasa,
dia ajar aku untuk berdiri atas kaki sendiri,
dia ajar aku apa itu rasa berusaha sebenar usaha,

dia ajar aku bersederhana dalam segala hal,

dia ajar aku bagaimana untuk tidak terlalu berharap pada selain DIA,
alhamdullillah, ya Allah..
qada & qadar Mu itu yang terbaik..


wit ♥'s, puteri Mama

Friday, October 11, 2013

setahun... alhamdullillah

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

alhamdullillah. syukur, setinggi syukur & perhargaan buat DIA..
alhamdullillah untuk segala rezeki MU..
insyaAllah, sekembali dari AidilAdha nanti, genap setahun aku menjadi minah kilang..
menjadi puteri di tengah tengah putera..
menjadi penapis or filter untuk production..
menjadi perantara supplier & production..
menjadi tukang kena tuduh untuk semuaaa isu di production..
menjadi si kepala hangin yang marah partner..
menjadi cikgu yang setia mengajar partner..
& alhamdullillah pelbagai aku telah belajar..
& berbagai juga masih perlu aku baiki;
menjadi lebih sabar & tenang hadapi kerenah production & partner..
namun itu sedikit pun tak pernah mengubah asal aku..
Ya ALLAH, cantik kan aku di mata MU.. 



dream high, aim high. 
don't be afraid to fall, it will be worth it. :)

wit ♥'s, puteri Mama

Selamat Ulang Tahun Sayang.. 🌷

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Kehadapan diriku yang kecil, 🤍 Kamu yang selalu penuh dengan rasa ingin tahu, Kamu ...